Mungkin ramai yang tidak tahu, seteru klasik dalam industri konsol iaitu Sony PlayStation dan Nintendo pernah berkolaborasi dalam menghasilkan sebuah konsol yang membolehkan pengguna memainkan game daripada dua jenis platform ini.

Meskipun penciptaan konsol ini dianggap inovasi dan canggih, konsol ini malangnya hanya kekal sebagai prototaip dan tidak dijual pada pasaran umum sekaligus membuatkan orang ramai kurang tahu mengenai kehadiran Nintendo PlayStation.

dims (3)
Sumber: Engadget

Mulai diperkenalkan pada sekitar pertengahan 90-an, siapa sangka konsol kerjasama dua jenama ini berjaya menjadi konsol paling rare dalam sejarah industri konsol serta berjaya menjadi rebutan ramai selepas hampir 25 tahun.

Terbaharu, Nintendo PlayStation berjaya dibida dengan harga sekitar $360,000 (RM1.5 juta). Difahamkan pembida yang berjaya mendapatkan konsol ini merupakan seorang pengumpul konsol serta pemilik kepada domain Pets dan Toys.

dims (2)
Sumber: Engadget
Nintendo-PlayStation-console-auction
Sumber: Engadget

Lebih mengujakan, dilaporkan sebanyak 200 unit prototaip Nintedo PlayStation dihasilkan dimana salah satu daripada dimenangi oleh pembida ini manakala 199 unit lagi tidak ditawarkan dan didedahkan kepada umum sehingga kini.

Promosi Sony PlayStation 4 yang ditawarkan di Lazada dengan harga rendah ini masih sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM799 sahaja. Lihat juga rekaan prototaip bagi PlayStation 5.

Sony PlayStation 4 Sedia Untuk Dimiliki Dengan Harga Serendah RM799 Sahaja

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5