Lama sebelum wujudnya konsol Sony PlayStation dan Microsoft Xbox, jenama-jenama seperti Atari, Nintendo dan SEGA antara yang menjadi pilihan pengguna yang sempat bermain konsol sekitar tahun 80-an.

Penggunaan kartrij antara yang popular ketika itu dalam menawarkan pelbagai pilihan game sehingga terlahirnya sebuah kartrij dengan ratusan game sekali gus. Kini, seiring dengan tahun ini dimana pelbagai jenama dan band melakukan comeback, Atari nampaknya tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan konsol terbaru mereka selepas 24 tahun menyepi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ataribox-2

Ataribox-1-920×584

Menariknya mengenai konsol terbaru Atari ini, jenama ini turut membawakan beberapa pembaharuan dengan kehadiran HDMI serta USB. Mengketengahkan rekabentuk yang kompak, konsol ini sebenarnya diinspirasikan melalui konsol klasik mereka iaitu Atari 2600.

Atari-2600-Wood-4Sw-Set
Atari 2600 keluaran 1977

Dari segi pengeluaran game, Atari nampaknya cuba menarik perhatian pelanggan lama dan baru dalam membawakan game-game legend mereka suatu ketika dahulu serta bakal membawakan beberapa game terbaru. Buat anda yang mahu #throwback permainan Atari suatu ketika dahulu, mungkin ini pilihan konsol terbaik anda boleh dapatkan apabila mula dilancarkan tidak lama lagi.

Ataribox-4

Sekiranya anda pernah bermain konsol Atari tidak salah rasanya untuk menggelarkan diri anda sebagai gamer veteran sebelum lahirnya generasi yang membesar dengan konsol keluaran Sony, Microsoft dan Nintendo. Harap-harap selepas ini giliran SEGA Dreamcast pula untuk melakukan comeback.

Sumber