Sebelum ini, Upin & Ipin telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan kini animasi Upin & Ipin telah ditayangkan di Netflix di United Kingdom (UK) dan Australia sejak 7 April 2021.

Menurut laporan, Pengurus Pemasaran Antarabangsa syarikat produksi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karya Budi Mohd Aris, mengatakan tawaran Netflix UK dan Australia itu dianggap suatu justifikasi bahawa Upin & Ipin adalah sebuah karya bermutu.

Tambahnya, plot dan konten yang bagus dan bermutu dibawa karya animasi Upin & Ipin sesuai untuk dibawa ke luar negara. Walaupun Upin & Ipin adalah buatan Malaysia tetapi ia boleh diterima di seluruh dunia.

Akan tetapi, Budi kurang pasti sama ada Upin & Ipin adalah karya animasi tempatan pertama yang dipilih platform penstriman itu. Siri Upin & Ipin yang disiarkan Netflix UK dan Australia adalah dari musim kelima sehingga kelapan selain musim 11 dan 12.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Peniaga Jual Makanan Basi, Pelanggan Kecewa Lihat Kuah Berbuih Ketika Berbuka Puasa

Sumber