Semalam kecoh di media sosial apabila seorang influencer mendakwa telah ditipu oleh seorang pengasas produk dengan memberikan duit palsu kepadanya sebagai bayaran untuk paid review.

Menerusi video yang dimuat naik oleh influencer @puteriisarii, kejadian tersebut telah terjadi selepas dirinya beraya ke rumah pengasas produk yang dikenali sebagai Siti dan menerima bayaran paid review sebanyak RM10,000 secara tunai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@puteriisarii/video/7098633576006094106?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

https://www.tiktok.com/@puteriisarii/video/7098700235509173530?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Dapat dilihat berlaku pergaduhan mulut antara Puteri dan juga Siti dalam video tersebut. Malah, Puteri turut kongsikan gambar duit yang diterimanya dengan kesan bahagian putih dan seperti digam di atas kertas dalam satu video lain.

Susulan itu, pengasas produk tersebut turut memuat naik sebuah video mendapatkan nasihat untuk mengambil tindakan kepada Puteri kerana telah memalukan dia dengan kongsi video tersebut dan juga mengandungi unsur fitnah.

@jamumalldotcom

Siti tak pernah nak cari pasal dengan orang. Tapi dia dh melampau

♬ original sound – Whitekish.com – Jamumalldotcom

Menurut Siti, duit tersebut adalah asli bukanlah palsu seperti dakwaan Puteri. Malah, jika duit tersebut palsu, bagaimana dia boleh membeli pejabat, rumah dan sebagainya.

Isu ini telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen merasakan ia hanyalah taktik ‘marketing’ untuk menaikkan nama mereka sekaligus menjadikan mereka terkenal.

Selain itu, para netizen juga terkejut dan persoalkan dengan tindakan mereka yang tidak berbincang dengan baik. Rata-rata netizen juga tidak memihak kemana-mana pihak dan berharap kebenaran akan terungkap tidak lama lagi serta mahu pihak polis siasat kes ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Tertunggak Yuran ‘Maintenance’ Punca Dihalang Masuk Rumah, Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar

Selepas 2 Tahun Ditutup Dan Terbengkalai, Ini Keadaan Terkini MAPS Ipoh Yang Menyedihkan