Umum sedia maklum mengenai isu pergolakan rumah tangga Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram milik beliau.

Susulan daripada perkara tersebut, beliau dilaporkan telah digantung perkhidmatan sehingga pihak pengurusan selesai siasatan secara mendalam mengenai isu beliau yang sedang tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah siasatan secara dalaman dibuat, Shuk didapati telah bertindak melanggar kontrak perkhidamatan menyebabkan perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa pada hari ini.

Menurut laporan terbitan Harian Metro, Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim berkata, hasil siasatan mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.

“Siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga sudah dimaklumkan mengenai hal ini.

“Khidmat Shuk sebelum ini digantung buat sementara untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu kontroversi membabitkannya yang tular di media sosial,” kata beliau.

Menurut Anida, pihak pengurusan Hot FM telah mengumumkan segmen Geng Pagi Hot (GPH) yang baharu iaitu gandingan Fizie serta penyampai baharu Hot FM, Mark Adam bermula 15 Februari lalu.

Kemasukan Mark Adam sebagai salah seorang penyampai radio Hot FM dikatakan bagi memberi pembaharuan kepada GPH.

“Reputasi Mark sebagai penghibur yang serba boleh memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami supaya pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” tambah beliau.

Shuk terima dengan hati yang terbuka

Di samping itu, pelakon serta pelawak terkenal Malaysia itu telah terima keputusan  tersebut dengan hati yang terbuka dan beranggapan keputusan terbaik dibuat oleh pihak pengurusan stesen radio popular berkenaan.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian. Apa pun keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM.

“Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” kata beliau mengenai penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, Shuk ketika dihubungi pihak Harian Metro menjelaskan bahawa beliau belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut dan meminta diberi sedikit ruang.

Baca semula perkongsian kami berkenaan pihak pengurusan Hot FM yang telah mengesahkan Shuk digantung tugas serta-merta melalui pautan di bawah.

Pihak Pengurusan Hot FM Sahkan Shuk Sahar Digantung Tugas Serta-Merta

Sudah Berbaik, Isteri ‘Back-Up’ Shuk Sahar Dalam Video TikTok Buat Netizen Bengang

Shuk Hot FM Dilamar Dalam Konti Sewaktu Sedang ‘On Air’?