Karier pemain wonderkid Perancis, Kylian Mbappé nampaknya sangat cerah di kelabnya, Paris Saint-Germain. Penampilan hebat beliau sewaktu Piala Dunia membuatkan nama Mbappe semakin menjadi tumpuan kelab besar Eropah.

Pemain berusia 19 tahun ini sudah menjaringkan 11 gol buat PSG untuk musim 2018. Baru-baru ini, kontrak Mbappé bersama PSG telah tertiris dan nampaknya PSG sanggup melabur wang yang sangat banyak untuk mendapatkan Mbappe daripada kelabnya sebelum ini, Monaco.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perpindahan Mbappe ke PSG yang bernilai 180 juta Euro menjadikan beliau pemain kedua tertinggi dunia selepas Neymar Jr. Menurut laporan majalah Der Spiegel, klausa Mbappé termasuklah bonus 5 juta Euro (~RM23.7 juta) ketika menandatangani kontrak bersama PSG dan juga gaji bernilai 50 juta Euro (~RM237 juta) untuk kontrak 5 tahun bersama PSG.

Antara permintaan mewah lain yang beliau mahukan adalah menjadikan beliau pemain dengan gaji paling mahal dan bonus 500,000 Euro sekiranya beliau memenangi Ballon d’Or (ditolak oleh pihak PSG), penggunaan jet peribadi selama 50 jam setahun (ditolak dan digantikan dengan subsidi 30,000 Euro untuk membayar pengawal atau pemandu peribadi) serta memberikan jaminan keewangan sekiranya PSG dilarang untuk menyertai Champions League sekiranya PSG berdepan kesalahan Financial Fair Play.

Bapa Mbappé, Wilfred turt mendedahkan menolak tawaran 180 juta Euro daripada Real Madrid untuk anaknya kerana beliau tidak mahu Mbappé hanya memanaskan bangku simpanan dengan Karim Benzema dan Ronaldo masih berada di Real Madrid. Jadi perpindahan ke PSG adalah yang paling baik untuk karier anaknya.

Mbappé mempunyai masa depan yang cerah di PSG dan bila-bila masa sahaja akan menerima tawaran yang lebih hebat daripada kelab besar di Eropah. Nampaknya Neymar tidak boleh besar kepala kerana Mbappé bila-bila masa sahaja boleh menandingi beliau di PSG.