Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) dikenakan denda sebanyak RM180,000 akibat gagal memastikan keselamatan di tapak pembinaan pada 19 September yang lalu.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi kenyataan hari ini, kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan denda RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd RM100,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-dua yang berkenaan masing-masing dikenakan denda mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) yang mewajibkan kontraktor untuk memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

El3iBt4VgAAfkc2
SUMBER: TWITTER

Akibat kegagalan kedua-dua kontraktor berkenaan, seorang wanita hampir maut apabila parapet konkrit daripada struktur pembinaan SUKE terjatuh lalu menghempap kereta yang dipandu beliau di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 19 September yang lepas.

Mangsa tragedi tersebut dilaporkan hanya cedera ringan pada bahagian tangan dan telah dihantar ke Pusat Perubatam Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Menurut kenyataan CIDB, hasil dari siasatan mendapati subkontraktor tersebut turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul di samping mempunyai penyelia tapak yang tidak diakreditasikan.

Oleh itu, katanya lagi, subkontraktor tersebut telah diarah untuk membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi.

“Sepanjang siasatan, kedua-dua syarikat memberi kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan prosedur dan perlaksanaan kerja yang lebih selamat,” tambahnya.

CIDB berkata pihaknya turut mengarahkan subkontraktor berkenaan untuk melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian dan pengurusan tapak bina bagi menjamin keselamatan awam dan juga langkah kerja bagi projek SUKE.

Berikut adalah beberapa kejadian lain yang tular di media sosial sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Masuk Lorong Kecemasan Sesuka Hati Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Kereta Camry Telah Ditahan

Tular Kemalangan Didakwa Berpunca Minyak Atas Jalan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Menurut Polis