Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang kontroversi yang melanda kulit buku berkait politik, Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia yang dikatakan cuba memanipulasi imej Jata Negara.

Susulan dari kritikan dan laporan yang dibuat, sejumlah 313 salinan buku tersebut telah pun dirampas di sebuah kedai buku di Petaling Jaya dan siasatan mengenainya mula dijalankan pihak berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas mengenai isu tersebut, kartunis terkenal Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque menyifatkan lukisan tersebut mempunyai tafsiran yang sangat luas.

“Apabila kita bercakap tentang seni dengan mesej, makin luas tafsirannya, adalah lebih baik. Untuk lukisan ini, tafsirannya sangat luas.

“Prinsip asasnya adalah,’sebagai seorang artis, tugas saya adalah menghasilkan seni, tetapi saya tidak bertanggungjawab untuk tafsiran orang lain’,” katanya kepada Malaysiakini.

Boleh timbul 100 tafsiran

Beliau yang mengakui pertama kali melihat lukisan tersebut dua tahun lalu berkata ianya adalah ‘seni ekspresi diri yang abstrak dengan mesej simbolik dan tafsiran yang sangat luas’.

Buat dirinya, Zunar menjelaskan lukisan itu menggambarkan imej seorang wanita yang berkarisma – namun dia juga pada masa sama memberi contoh jika 100 orang melihat lukisan tersebut maka akan timbul 100 jenis tafsiran.

Malah dia juga pada masa sama berpendapat lukisan itu sebenarnya bukanlah memanipulasi imej Jata Negara seperti yang dibangkitkan sebelum ini.

Ini kerana menurutnya kurang dari 50 peratus dari keseluruhan gambar lambang Jata Negara yang lengkap digunakan dalam karya yang menimbulkan kontroversi itu.

“Manipulasi adalah apabila seseorang menggunakan keseluruhan logo dan mengubah satu atau sebahagian kecil dari keseluruhan logo,” jelasnya.

“Untuk memahami perkara ini, ia sama seperti larangan menggunakan bendera negara sebagai kain secara menyeluruh, tetapi jika kita hanya mengambil bahagian jalur atau hanya bahagian bintang (di bendera), saya tidak menganggapnya melanggar undang-undang,” katanya .

Pihak penerbit buku kontroversi tersebut sebelum ini juga menjelaskan tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dengan lukisan tersebut.

Menurut Berita Harian Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya menjelaskan mereka tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar dan tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara.

Zunar sebelum ini dikenali dengan lukisan beliau yang sentiasa menyentuh isu terkini berkaitan politik. Baca bagaimana beliau menggunakan hasil seni untuk meluahkan pandangan di pautan di bawah. 

Bagaimana Zunar Gunakan Bakat Melukis Beliau Untuk Mengkritik Kerajaan

Kolektor Habiskan RM6,000 Untuk Baik Pulih Lukisan Lama, Tetapi Hasilnya ‘Hancur’

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China