Bintang Arsenal, Mesut Ozil dilaporkan bakal digugurkan oleh adidas apabila jenama berkenaan membuat keputusan menamatkan penajaan 7 tahun bernilai 22 juta pound (~RM118 juta) hujung musim ini.

Kontrak beliau akan tamat hujung musim ini dan adidas dilihat tidak mahu menyambung kontrak tajaan terhadap pemain tersebut. Menurut sumber, antara sebab adidas tidak berminat untuk menyambung kontrak Ozil adalah kerana kontroversi yang kerap dicetuskan oleh pemain tersebut.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

View this post on Instagram

#Predator 👟🔥 #M1Ö #DareToCreate @adidasfootball

A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on

Antaranya, beliau pernah menolak panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan pada 2018 sebagai tanda protes terhadap sikap perkauman FA Jerman. Beliau turut dikecam apabila menyatakan sokongan terhadap Presiden Turki, Recep Erdogan.

Beliau juga telah dikeluarkan daripada permainan video Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) di China selepas kenyataan pedas beliau mempertahankan kaum muslim Uighur.

Ada pula pihak mendakwa kontroversi yang melanda Ozil ini sengaja dijadikan alasan oleh pihak adidas supaya tidak menyambung kontrak bersama Ozil sebagai salah satu langkah mengurangkan perbelanjaan jenama tersebut yang terkesan akibat COVID-19.

Sebelum ini, Ozil pernah didenda kerana dilihat menyarung kasut but daripada jenama pesaing adidas, Nike. Ada kemungkinan Nike mungkin tertarik untuk menaja pula pemain berusia 31 tahun ini.

Ozil ketika ini menerima bayaran gaji termahal di Arsenal bernilai 350,000 pound (RM1.8 juta) seminggu. Boleh dikatakan beliau mungkin tidak terkesan pun jika sudah tidak lagi ditaja oleh jenama adidas.

Sebelum ini, Mesut Ozil dkeluarkan daripada permainan video PES 2020 kerana mempertahankan kaum Muslim Uighur. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

China Keluarkan Mesut Ozil Daripada PES 2020 Kerana Mempertahankan Kaum Muslim Uighur

Ozil & Gundogan Diberi Amaran Kerana Menyokong Presiden Turki

Mesut Ozil Kongsi Koleksi Kereta Dan Kasut ‘Rare’ Yang Dimilikinya

Anda Mungkin Suka