Financial Technology atau Fintech merupakan teknologi melibatkan kewangan. Memasuki dekad ini fintech semakin digunakan oleh orang ramai serta pihak bank dalam memudahkan urusan kewangan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Memandangkan fintech sudah mula digunakan ramai, sebuah sidang kemuncak fintech Islamik peringkat global  bakal melakukan pelancaran sulungnya di Kuala Lumpur. Menariknya, konvesyen yang bakal diperkenalkan ini dianjurkan oleh penganjur dari Dubai.

1st Global Islamic FinTech Summit (GIFS) 2018 yang bakal dirasmikan pada 18 dan 19 September bakal memperlihatkan kehadiran 500 wakil dari 17 negara melibatkan Turki, UAE, Oman, Lebanon serta Indonesia.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fintech Islamik, mungkin GIFS 2018 bakal menjadi platform untuk anda berkenalan bersama orang ramai serta mendapatkan pendedahan dengan lebih lanjut mengenai teknologi yang masih baru di negara kita ini. Boleh layari laman web mereka di sini.