Tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan kereta mewah berhenti di tengah-tengah jalan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di tengah-tengah lebuhraya.

Difahamkan bahawa kejadian itu sebenarnya terjadi akibat daripada seorang pemandu mabuk yang cuba dihalang oleh pemandu kereta mewah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian di TikTok, Facebook dan juga Twitter, pemandu Ford Ranger berwarna putih telah memandu secara merbahaya dan melanggar sebuah kereta.

Kereta 4×4 itu difahamkan telah dipandu oleh seorang perempuan dalam keadaan mabuk dan secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Disebabkan itu, para pemandu kereta mewah telah mengambil inisiatif sendiri dengan menahan kereta tersebut sebelum kejadian lebih buruk terjadi.

Bagaimanapun, kejadian yang tular itu masih belum diketahui lokasinya dan pihak berkuasa masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Abang lori didakwa halang laluan perjalanan konvoi kereta mewah cetus pertikaian ramai. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai

Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan

Syahmi Sazli Sedih Lepaskan Kereta Kesayangan, Mercedes-Benz G350D Jadi Pengganti