Setiap kali pemandu dan penunggang motosikal kawasan ‘jalan raya tunggal’, kita perlu sentiasa peka dan berhati-hati kerana sudah banyak kes kenderaan memotong di garisan berkembar secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati setelah menonton satu rakaman video pendek dashcam di mana sebuah kereta peronda polis mengiringi dua buah trak tunda (di atasnya ada kereta mewah) dan sebuah 4×4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilik rakaman dashcam itu terpaksa masuk ke lorong kecemasan untuk mengelak pertembungan dengan konvoi terbabit yang memotong garisan berkembar dan meluru kehadapan ke arahnya.

Setelah melepasi 4×4 di sebelahnya, barulah pemandu itu masuk semula ke dalam lorong dan kelihatan beberapa buah kenderaan lain sedang beratur panjang di dalam barisan di laluan bertentangan.

Dalam pada itu, ramai yang tertanya siapakah pemilik kereta-kereta berkenaan sehingga mendapat ‘special escort’ daripada pihak berkuasa tempatan.

Tambah netizen lagi, sekiranya seseorang pemandu itu panik semasa berhadapan dengan situasi seperti itu, sudah pasti kedua-dua pihak akan berlanggar di antara satu sama lain.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi artikel-artikel lain berkaitan dengan juru iring yang membuatkan warganet kurang berpuas hati. Klik pautan-pautan di bawah.

VIP Potong Barisan Semasa Pengguna Jalan Raya Terperangkap Dalam Kesesakan Undang Kemarahan Ramai

Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya

Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan