Kes ambulans ditahan daripada meneruskan perjalanan kerana perlu berikan laluan kepada pihak VIP terlebih dahulu bukanlah satu perkara asing lagi. Sebelum ini pernah berlaku di kawasan Hulu Langat dan juga Kuala Lumpur.

Terbaharu, tular satu rakaman dashcam daripada sebuah ambulans dengan siren masih berbunyi telah ditahan bersama kenderaan-kenderaan lain untuk memberikan laluan kepada konvoi VVIP yang menggunakan laluan flyover di sebelah kiri.

Setelah konvoi tersebut berlalu pergi, barulah pihak polis memberikan arahan kepada pemandu ambulans itu meneruskan perjalanan.

https://www.tiktok.com/@starex_kavin/video/7071986417076833563?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Bagaimanapun, video tersebut tidak tamat di situ sahaja kerana ada sambungan dikongsikan oleh pengguna jalan raya yang turut terpaksa beri laluan kepada konvoi VVIP di lokasi yang berbeza.

Menurut pengguna lebuh raya itu, semua kenderaan diminta memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk memberikan laluan konvoi VVIP tersebut yang dilihat menggunakan kedua-dua lorong lebuh raya berkenaan.

https://twitter.com/syabrinases/status/1500484714985299970?s=20&t=jOnC3xCqnZ8HGJwN8POvGw

Kedua-dua video itu telah mengundang rasa kurang senang dengan tindakan konvoi VVIP tersebut yang telah mengganggu lalu lintas di dua lokasi berbeza.

Lebih menyedihkan lagi apabila orang ramai melihat ambulans yang sedang bertugas terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada mereka.

https://twitter.com/aimanazzzfar96/status/1500632585919029249?s=20&t=jOnC3xCqnZ8HGJwN8POvGw

Orang ramai bertegas bahawa setiap saat sangat bermakna buat ambulans yang memandu dalam kecemasan kerana cepat atau lambat boleh membezakan antara hidup dan mati seseorang pesakit.

Tambah netizen lagi, cukuplah konvoi VVIP menggunakan lorong paling kanan sahaja di lebuh raya. Tidak perlu sampai meminta pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini pihak polis telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan kenapa ambulans perlu beri laluan kepada konvoi VIP. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Demi Lancarkan Laluan VIP, Ambulans Sekali Lagi Dilihat Terpaksa ‘Mengalah’ Bersama Pemandu Lain

Sumber