Starbucks kini akan menambahkan lagi keseronokkan untuk minum di cafe Starbucks apabila mereka akan memperkenalkan menu terbaru; espresso yang dicampur dengan aiskrim. Ya, ais krim dengan kopi. Sesuatu yang awesome bukan?

Menu ini akan dijual pada menu Roastery Affogato yang akan menggabungkan aiskrim dan espresso. Buat masa ini, menu ini akan menemui peminat Starbucks di Los Angeles, Boston dan Washington dan kemudiannya di 100 outlet Starbucks di seluruh Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Affogato adalah hidangan dessert berasal dari Itali di mana anda tuangkan kopi espresso pada satu scoop aiskrim dan makannya. Jadi ais krim anda yang manis itu akan seimbangkan rasa pahit kopi dan memberikan anda satu rasa yang unik.

3 jenis affogato akan diperkenalkan nanti iaitu Classic Affogato, House The Affogato dan Shakerato Affogato. Classsic Affogato adalah cara klasik hidangan ini di mana dua shots espresso dituang atas aiskrim, House Of Affogato pula pula ditambah brown sugar syrup dan kayu manis dan Shakerato Affogato pula espresso akan digoncang sehingga sedikit suam dan kemudiannya dituang atas aiskrim dan ditambah sirap vanilla dan mint.

The Classic Affogato

The House Of Affogato
The Shakerato Affogato

Kalau sudah keluar di Amerika, rasanya tak lama lagi akan adalah menu ini di Starbucks Malaysia. Tetapi kalau anda tak sabar nak cuba, boleh cuba buat sendiri. Bancuh kopi 434, beli aiskrim vanilla Walls dan tuangkan kopi ke dalam aiskrim anda. Sama sahaja konsepnya. Selamat berkopi coffee lovers!

Sumber