Jika anda peminat kopi tegar, kalau anda berjalan ke Christies Beach, Australia jangan lupa untuk cuba kopi power di Viscous Coffee.

photo_1_1-1024×683
HYPE
Mengapa Bandar Bukit Raja Lokasi Hartanah Terbaik Untuk Anda Labur
Baca lagi →

Power sangat ke kopi ini? Mana tidaknya, kopi ini terkandung 4 shot espresso dan 8 kiub ais yang diperbuat dari brew kopi yang dinamakan The Ass Kicker. Kandungan kafeinnya sangat tinggi dan segelas kopi ini sama kuat dengan 80 cawan kopi biasa!

Kandungan biasa secawan kopi mengandungi 100 ke 200 miligram kafein, tetapi The Ass Kicker mengandungi lima kali ganda kandungan kafein. Jika anda minum kafein sebanyak ini dalam sehari, anda boleh berjaga selama 12-18 jam.

Tiada gambar bagaimana rupa kopi ini buat masa ini. Jadi kalau anda nak cuba, kenalah ke Viscous Coffee ini. Harganya pun agak tinggi, USD12 untuk segelas.

Kopi ini juga didatangkan dengan amaran kesihatan untuk sesiapa yang tidak tahan dengan kafein supaya tidak memesannya. Kalau anda berada di Adelaine, bolehlah singgah ke kedai kopi ini dan beritahu kami bagaimana rasanya.

Viscous-Coffee-in-Adelaide

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group