Sudah beroperasi lebih dari 1 abad, ini mungkin merupakan satu nostalgia yang cukup suram buat kopitiam ini apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Kedai Kopi Kong Thai Lai yang terletak di 6 hutton lane, George Town, Penang ini sangat terkenal sebagai lokasi makan kegemaran jutawan kelahiran Pulau Pinang, Looh Boon Siew.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sayangnya, ia terpaksa berhenti beroperasi setelah mendapat notis pengusiran dari pemilik Singapura pada bulan Mac yang lalu. Namun begitu, mereka masih diberi penangguhan untuk kekal sehingga akhir bulan September ini sebagai kemudahan sebelum berpindah ke lakosi baru.

Terkenal sebagai ikon perpaduan dikalangan orang Pulau Pinang, Pengusaha kopitian, Gary Tan Jeng Seow, 57 tahun berkata dia telah mengambil alih perniagaan ini daripada abangnya sejak beberapa tahun yang lepas dan merupakan generasi ke 3 yang mengusahakan kopitiam ini. Berita ini sudah tentunya sesuatu yang sangat menyedihkan.

Kedai makan yang menjadi tempat berkumpulnya pelbagai kaum di Malaysia menikmati sarapan ‘roti kawin’ telur separuh masak dan secawan kopi ini pasti akan dirindui ramai.

Sumber