Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja tetapi kita dapat mengurangkan kadar kemalangan jika kita berhati-hati. Jika isu pengharaman rokok dan vape ditempat awam menjadi perhatian, isu kemalangan yang disebabkan oleh pemabuk seperti tidak mendapat perhatian.

Terdapat banyak kes yang berlaku di Malaysia dimana pemandu mabuk melanggar dan menyebabkan kematian orang awam. Malah, kes terbaru iaitu kakitangan CIMB turut maut dilanggar oleh pemabuk.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Rata-rata netizen merasakan bahawa seharusnya tiada lagi penjualan arak di Malaysia dan juga memperketatkan lagi undang-undang yang sedia ada. Ini kerana, kes-kes yang melibatkan pemandu mabuk sering berlaku dan sepatutnya mereka yang mabuk tidak dibenarkan memandu.

Screenshot 2019-11-18 at 11.23.50 PM

Oleh itu, satu petisyen telah dilancarkan dan tinjauan kami mendapati setakat hari ini petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 14,000. Jika anda ingin memberikan sokongan untuk haramkan penjualan arak di Malaysia, anda boleh layari laman web ini.

Screenshot 2019-11-18 at 11.19.52 PM

Menerusi petisyen itu, rata-rata yang menyokong mengatakan bahawa arak bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan tetapi juga boleh membahayakan orang lain jika tiada pengawalan yang sewajarnya.

Screenshot 2019-11-18 at 11.19.20 PM

Screenshot 2019-11-18 at 11.19.29 PM

Screenshot 2019-11-18 at 11.19.05 PM

Dapat dilihat isu ini sebenarnya wajar untuk dibincangkan. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Tahukah anda bahawa ada pemandu mabuk yang langgar restoran Burger King di Kota Damansara?

Pelanggan Terkejut Pemandu Mabuk ‘Drive Thru’ Burger King Di Kota Damansara

Kami Tidak Pasti Pemandu Bas Ini Mabuk Atau Bermimpi Ketika Memandu

Lucu Dan Mengerikan, Lihat Bagaimana Orang Mabuk Bermain Bolasepak

Anda Mungkin Suka