Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk mengakibatkan kematian. Kejadian seperti ini bukan terjadi sekali dua tetapi sudah berlaku banyak kali.

Pastinya perkara ini membuatkan ramai orang berasa sedih terutamanya ahli keluarga mangsa dan inginkan pembelaan sewajarnya. Berikutan itu, kini #PemanduMabukMembunuh trending nombor 1 di Twitter sebagai tanda tidak puas hati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata netizen berasa tidak puas hati dengan denda dan hukuman yang diberikan kerana tidak setimpal dengan apa yang dilakukan. Malah, minum arak adalah satu pilihan bukannya terpaksa dan jika sudah mabuk seharusnya tidak memandu kenderaan.

https://twitter.com/Ardilla_dee/status/1267343418897780736

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi telah kehilangan ahli keluarga disebabkan pemandu mabuk. Sikap tidak bertanggungjawab oleh pemandu mabuk telah mengakibatkan orang tidak bersalah menjadi mangsa sehingga cedera serta maut.

https://twitter.com/24THMlNA/status/1267343575198531585

Justeru itu, rata-rata netizen menyeru agar hukuman lebih tegas diberikan kepada pemandu mabuk agar mereka takut dan serik serta patuh kepada undang-undang.

https://twitter.com/rosieshidae/status/1267345017619623937

Apa pula pandangan anda mengenai isu ini dan apakah hukuman yang anda rasa wajar diberikan kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian?

Sementara itu, kami kongsikan berita kemalangan disebabkan pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen

Dua Kejadian Dalam Masa Seminggu, Isu Pemandu Mabuk Kembali Jadi Tumpuan

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen