Berita baik buat anda yang suka berkunjung ke Korea Selatan, selepas ini isu makanan halal pasti bukan lagi satu masalah yang diragui. Satu inisatif yang baik dilakukan oleh Korea dalam usaha menggalakkan lagi pelancong muslim ke negara mereka.

Menurut satu laporan, Pengarah Urusan Korea Halal, Co Kim Jin Woo menyatakan, Korea Selatan di antara negara yang tidak terkecuali untuk menerokai potensi industri halal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

halal

Beliau turut berkata kerajaan Korea Selatan berminat untuk membangunkan produk-produk halal tersendiri dengan menggunakan teknologi negera itu. Korea Selatan baru-baru ini telah mengumumkan pembinaan lima kilang halal, bukan sahaja industri makanan malah termasuk untuk pengeluaran produk kosmetik dan pelbagai lagi.

Sehubungan itu, Korea Selatan juga sedang giat mencari rakan kongsi untuk industri halal dari negara-negara Islam seperti Malaysia untuk menjalinkan kerjasama dalam membangunkan industri berkenaan.

Memandangkan produk dari Korea Selatan selalu mendapat perhatian kebanyakkan rakyat Malaysia, kami sangat menyokong usaha ini. Ini juga mungkin peluang  yang baik untuk usahawan muslim di Malaysia mencuba nasib dalam industri halal di Korea Selatan.

BACA: Mencari Makanan Halal Di Korea Lebih Mudah Dengan Aplikasi Halal Korea

Sumber