Selama ini, negara maju Jepun sememangnya terkenal dengan ciptaan robot-robotnya yang berkuasa dan penuh berteknologi. Jadi tidak hairanlah mengapa Jepun digelar sebagai gudang robot dunia. Contoh paling popular adalah robot yang dijelmakan dari siri anime Gundam.

Baca: Robot Gundam Gergasi Di Jepun Bakal Dirobohkan Pada Tahun Hadapan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seiring dengan perkembangan dunia teknologi pada hari ini, Jepun kini bukanlah antara yang terhebat dalam penghasilan robot. Terbaru, syarikat robot dari Korea Selatan, Korea Future Technology nampaknya tidak mahu tewas dalam menghasilkan ciptaan robot-robot super.

Melalui apa yang diumumkan di Facebook, mereka kini sedang mengusahakan projek robot futuristik yang digelar sebagai METHOD-1. Bukan sekadar robot, METHOD-1 disifatkan sebagai robot yang mampu berfungsi penuh dan diharapkan dapat digunakan dalam pelbagai keperluan.

Memiliki sepasang kaki dengan ketinggian 4 meter, METHOD-1 dikawal melalui sambungan alat yang disambungkan pada tangan pengendalinya. Ini merupakan ciptaan robot yang sungguh awesome dicipta setakat ini. Anda boleh lihat bagaimana robot ini bekerja melalui video yang kami paparkan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=NCrBC_V92hY

Memang power! Adakah ini tandanya perang robot bakal bermula? Kami harapkan Malaysia juga mampu menghasilkan robot-robot super yang lebih hebat pada masa akan datang.

BACA JUGA: Letrons, Jurutera Turki Cipta Robot Transformers Versi ‘Real’ Dalam Dunia Sebenar