Sejak 2012, orang ramai sudah mula berlatih untuk kematian diri sendiri bagi membantu mereka memahami kematian dan menghargai hidup.

Dan ritual ini sedang berlaku di Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih dari 25,000 orang telah mengambil bahagian dalam acara pengebumian diri sendiri di Hyowon Healing Centre, sejak 2012 – salah satu pusat di mana peserta akan mendapat idea bagaimana pengebumian mereka akan berlangsung.

south-korea-funerals-02-1
New York Post

Tujuan mereka menganjurkan acara ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta memahami makna hidup dan mengurangkan gejala bunuh diri yang semakin meningkat di Korea Selatan.

Salah seorang sukarelawan di pusat tersebut, Jeong Yong-Mun mengatakan bahawa kebanyakkan peserta yang hadir adalah orang-orang yang mengalami kemurungan dan mahu memahami apakah akan berlaku jika mereka mengambil keputusan untuk mengambil nyawa mereka sendiri.

south-korea-funerals-01
New York Post

Tambah beliau lagi, setelah sesi berakhir, kebanyakkan mereka yang mahu membunuh diri akan membatalkan keputusan mereka dan melihat hidup daripada sudut berbeza.

Acara ini akan dilangsung dengan beberapa peserta diletakkan di setiap keranda. Disisi keranda akan diletakkan satu keping gambar mereka sendiri dan juga surat wasiat yang sudah ditulis peserta. Peserta akan memasuki keranda masing-masing dalam masa 10 minit.

Berikut adalah cerita lain mengenai Korea Selatan yang pernah kami tulis untuk bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Wanita Ini Dedah Tip Mudah Lepasi Imigresen Korea Selatan

Permintaan Hausboom Meningkat Di Korea Selatan Kerana ‘Dipromosikan’ Artis K-Pop

Lihat Pandangan Jujur Rakyat Korea Selatan Tentang Islam