Susulan empat jet tempur F-15 milik Korea Selatan yang melepaskan bom di sempadan Korea Utara disifatkan sebagai lebih kepada menunjuk kekuatan ketenteraan negara itu. Aktiviti melepaskan bom jenis Mk-84 yang dilakukan Korea Selatan itu diperintahkan oleh Presiden Korea Selatan sendiri, Moon Jae-in atas tujuan latihan ketenteraan.

Memetik laporan yang diterbitkan di laman web The Independent, tindakan melepaskan bom multi fungsi itu berlaku sejurus selepas Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik sehingga melewati perbatasan udara Hokaido sebelum jatuh di perairan Jepun di Lautan Pasifik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2

Dalam pada itu, Tokyo menganggap bahawa perbuatan ini sebagai satu ancaman yang serius dan belum pernah berlaku sebelum ini. Terkini, Amerika Syarikat,  Jepun, dan Korea Selatan dalam usaha untuk membawa Pyongyang, Korea Utara ke meja rundingan.