Korea Selatan hari ini (30 April) buat pertama kali tidak mencatat sebarang jangkitan domestik baharu COVID-19 sejak negara berkenaan teruk dilanda pandemik COVID-19 pada 29 Februari yang lalu.

Perkara berkenaan telah disahkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). KCDC melaporkan empat jangkitan baharu semua kes yang diimport, menjadikan jumlah dicatatkan menjadi 10,765. Angka kematian meningkat satu hingga 247 orang, manakala seramai 9,059 sudah dibenarkan keluar hospital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ahad lalu, gereja terbesar di Korea Selatan sudah kembali dibuka kepada umum untuk tujuan keagamaan tetapi dengan langkah keselamatan ketat yang perlu dipatuhi.

Februari lalu, kes COVID-19 meningkat secara mendadak di Korea Selatan sehingga pada satu ketika, bilangan kes COVID-19 di Korea Selatan adalah yang paling buruk di dunia. Namun, langkah pantas kerajaan Korea Selatan membuat saringan secara besar-besaran serta polisi social distancing kini sudah membuahkan hasil.

Korea Selatan akan meneruskan polisi social distancing sehingga 5 Mei tetapi telah memberi kelonggaran untuk tempat beribadat.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Berbeza dengan negara jiran mereka Korea Utara, berita kematian Kim Jong-un pula jadi perhatian media antarabangsa. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Nafi Laporan Amerika Syarikat, Korea Selatan Dakwa Kim Jong-un Masih Hidup

Kim Jong-un Dilaporkan Bersembunyi Kerana Takut Dijangkiti Wabak COVID-19

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un