Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah mengadakan satu pertemuan tergempar bersama pemimpin negara berkenaan selepas seorang rakyatnya dipercayai telah dijangkiti COVID-19, menjadikan beliau pesakit pertama COVID-19 di negara berkenaan.

Menurut laporan media antarabangsa, individu berkenaan merupakan pelarian yang telah lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali ke negara asal baru-baru ini. Lebih memilukan, individu berkenaan dilaporkan telah melintasi negara secara haram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini adalah kes pertama yang diakui oleh kerajaan Korea Utara di mana mereka tidak merekodkan sebarang kes COVID-19 sebelum ini.

Berdasarkan laporan, Korea Utara telah mengeluarkan arahan lockdown serta kawalan maksimum buat bandar Kaesong, bandar mana kes COVID-19 itu dikesan. Setiap orang yang pernah berhubung dengan individu berkenaan telah disaring bagi mengelakkan virus berkenaan tersebar ke bandar lain.

Buat masa ini, keputusan ujian masih belum diumumkan tetapi ia sudah cukup serius sehinggakan Kim perlu membuat perjumpaan tergempar untuk kes ini.

Ia merupakan satu kesalahan besar buat rakyat Korea Utara yang keluar negara tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Tiada siapa yang tahu apa bentuk hukuman yang bakal dihadapi suspek pertama kes COVID-19 Korea Utara ini nanti.

Setakat ini, sekitar 15 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti COVID-19 tetapi terdapat 12 negara yang masih mencatat sifar kes. Baca lagi pada pautan di bawah.

15 Juta Orang Dijangkiti Di Seluruh Dunia, Manakala 12 Negara Ini Masih Catat Sifar Kes COVID-19

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

Sumber