Seorang pegawai tinggi Korea Utara telah ditembak mati selepas disahkan oleh doktor mengidap coronavirus selepas pulang daripada lawatan ke China.

Menurut Secret Beijing, dilaporkan pesakit pertama wabak coronavirus ini ditembak mati oleh pemerintah diktator. Namun perkara ini tidak jelas kebenarannya kerana ia masih belum disahkan oleh mana-mana agensi.

Ini merupakan langkah paling drastik pernah diambil bagi menghentikan penyebaran wabak coronavirus oleh Kim Jong Un.

Namun, jika berita ini benar, ia tidak mengherankan kerana di bawah pemerintahan Kim Jong Un, langkah-langkah seperti ini sering di ambil oleh Korea Utara.

Pada pertengahan bulan Feb, The Vocket pernah melaporkan salah seorang pegawai tinggi yang berkhidmat untuk Kim Jong Un telah ditembak mati apabila melanggar peraturan kuarantin coronavirus dengan melawat kolam air panas awam.

Pegawai tersebut baharu sahaja pulang dari China atas urusan rasmi dan terpaksa ditahan selama beberapa hari bagi mencegah sebarang penyebaran wabak.

Dalam kenyataan rasmi, Korea Utara telah berulang kali menekankan bahawa mereka tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan virus – walaupun negara mereka berdekatan dengan China dan Korea Selatan. Ini menimbulan syak wasangka bahawa Pyongyang telah menyembunyikan berita sebenar.

Pyongyang memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mereka telah menguji 141 kes yang disyaki dengan coronavirus dan semuanya dilaporkan negatif.

Namun melalui media Korea Selatan yang mendapat sumber dari pihak ‘tertentu’, sebenarnya wujud kes coronavirus di Korea Utara, beberapa di antaranya berakhir dengan maut.

Akhbar terbesar Korea Selatan, Chosun Ilbo, melaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua kes di bandar Sinuiju, yang bersempadan dengan China. Sumber Korea Selatan yang berpangkalan di Korea Utara melaporkan bahawa sebanyak lima orang telah meninggal dunia akibat wabak ini.

Sementara itu, Korea Utara telah menutup sempadannya dengan China. Warga asing yang hadir ke Korea Utara akan dikuarantin selama 30 hari.

Berikut adalah kisah lain mengenai Korea Utara yang anda perlu tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran

Tiada Nike Atau adidas, Hanya ‘Sneakers’ Buatan Kilang Ini Dijual Di Korea Utara

Sumber