Sebuah video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.

Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.

Bagaimanapun, sudah tentu perlawanan akhir Piala Dunia yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, adalah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama. Video selepas ini.