Pesakit COVID-19 di Korea Utara dilaporkan ditempatkan di ‘kem kuarantin’ dan dibiarkan mati kelaparan, menurut dakwaan aktivis.

Daily Mail melaporkan bahawa rakyat Korea Utara yang mempunyai gejala wabak COVID-19 di bawa keluar dari rumah tanpa bekalan makanan dan pihak berkuasa telah membakar mayat mangsa COVID-19.

Seorang aktivis Kristian, Tim Peters yang menjalankan kerja amal di Seoul, Korea Selatan mendakwa bahawa sumbernya di Korea Utara mendakwa ‘kem kuarantin’ sedang dibina di beberapa bandar berhampiran dengan China.

Dia turut mendakwa bahawa mangsa COVID-19 di Korea Utara tidak mendapat rawatan perubatan yang betul, termasuk menderita kelaparan.

South China Morning Post melaporkan pemerintah Korea Utara tidak memberi makanan atau ubat kepada mereka yang ‘ditahan’ di sana.

Ringkasnya, Peters melaporkan bahawa kematian mangsa COVID-19 di kem terbabit bukan hanya disebabkan oleh wabak tetapi juga kerana faktor kelaparan.

Dia sudah menghantar bekalan perubatan ke Korea Utara sambil menggambarkan situasi COVID-19 di negara terbabit berada dalam keadaan sangat serius.

Laporan yang mengatakan bahawa Korea Utara mengabaikan pesakit COVID-19 dianggap sama dengan dakwaan yang dibuat oleh salah seorang mangsa yang ditahan di sana.

Seorang pendeta bernama David Lee berkata sumbernya di Korea Utara mendakwa bahawa wabak COVID-19 di dakwa sebagai penyakit berhantu dan tidak ada alat ujian yang tepat untuk mengesan atau menghentikan penyebaran wabak itu di sana.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia lain di Korea Selatan yang enggan disebut namanya mengatakan bahawa pihak berkuasa telah membakar mayat mangsa COVID-19.

Aktivis itu berkata, “Pihak berkuasa pemeriksaan pusat datang dari Pyongyang dan membakar semua mayat. Penduduk sangat risau.”

Dakwaan ini muncul selepas Kim Jung Un mengisytiharkan negaranya ‘bebas COVID-19’ semasa berucap pada perarakan tentera bagi memperingati ulang tahun ke-75 Parti Pekerja Demokratik Korea.

Terdahulu, Korea Utara dilaporkan menjalankan hukuman mati jika rakyatnya dijangkiti wabak COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

Korea Utara Dilaporkan Catat Kes Pertama COVID-19, Pesakit Bakal Dihukum

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Sumber