Peluang menghadiri Majlis Rumah Terbuka di ‘Roof Top, Avenue K, KLCC pada Ahad lalu telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Tuan Firdaus Yasin apabila berpeluang bertemu dengan pengasas produk kecantikan Aura White di situ.

Selama ini hanya dapat melihat mereka di Facebook dan kaca televisyen sahaja. Apabila dapat face-to-face dengan pasangan suami isteri sukses itu, dia terus bertanyakan pelbagai soalan sehingga perbualan antara mereka berlanjutan sehingga 20 minit.

Menurut Tuan Firdaus, apa yang bakal dikongsikan ini lebih kepada pemahaman konseptual atau big picture. Ia tidak terlalu terperinci tapi bermanfaat untuk dibaca dan dihadam bersama.

Populariti Artis Dan Pemasaran Produk Kosmetik

Memandangkan mereka (Aura White) mempunyai beberapa orang duta di kalangan artis, saya memulakan soalan berkaitan pengalaman mereka bekerjasama dengan artis.

1. Bagaimana cara untuk kita bekerjasama dengan artis sekiranya kita mempunyai produk?

Apabila ditanya soalan ini, perkara utama yang perlu jelas adalah apakah strategi kita di sebalik kerjasama dengan artis. Setelah tujuan dan stratergi jelas, mudah untuk kita selaku pemilik produk untuk mengatur langkah-langkah seterusnya dalam kempen pemasaran untuk melariskan jualan.

Jangan ikut orang. Orang lain ada stratergi mereka sendiri. Tidak sama. Setelah mendapat persetujuan, pihak Aura White kebiasaannya akan mengikat kontrak selama setahun dahulu.

Tujuannya untuk melihat prestasi dan perkembangan hasil dari kerjasama tersebut. Sekiranya berbaloi untuk diteruskan, baharu mereka akan sambung kontrak lagi.

2. Apakah kelebihan apabila kita bekerjasama dengan artis?

Artis adalah manusia yang menjadi tumpuan dalam masyarakat. Ianya seperti konsep menumpang ombak. Dalam hal ni, antara tujuan utamanya adalah untuk ‘Brand Awareness’ sesuatu produk.

Bakal pengguna akan ingat, “Oh artis Aydaq Jerat inilah yang pakai produk XYZ. Tengok muka dia, gebu-gebas kaww” Contoh.

3. Apakah persediaan sebelum bekerjasama dengan artis?

Ini penting. Jika produk sudah meletup. Sudah dikenali ramai, tetapi produk masih kurang di pasaran. Orang nak cari susah. Memang merugikan jika itu berlaku.

Sebaiknya, pemilik produk telah bersedia dengan situasi begini. Contohnya, dapatkan produk xyz di seluruh cawangan Petronaus di Malaysia. Maknanya kita telah bersedia.

4. Apa yang perlu ditekankan jika kita ingin menjadi penaja utama untuk sesebuah rancangan di televisyen?

Ini nasihat suami Puan Furyna. Sebaiknya kita telah bersedia dengan produk baharu yang bakal dilancarkan. Ini kerana pendedahan dan kesedaran amat meluas pada masa ini.

Apabila produk baharu sudah diperkenalkan, pastikan agen/stokis/cawangan sudah bersedia untuk menerima bakal pelanggan. Ini penting. Persediaan.

Apabila syarikat semakin membuat keuntungan, kebiasaannya hasil dari keuntungan tersebut akan dilaburkan lagi untuk membina keuntungan lain. Antaranya dengan melahirkan produk baharu.

5. Apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum mencipta produk baharu di pasaran?

Antara tiga perkara kritikal yang perlu di ambil kira sebelum melancarkan produk baharu ialah:

i. Buat kajian pasaran tentang permintaan masa kini.
Antara ‘platform’ yang boleh digunakan adalah ‘Google Trend’. Ini supaya produk yang dibuat selari dengan permintaan pasaran. Bukan buat produk syok sendiri, bukan buat produk yang kita suka.

ii. Kumpulan sasaran pelanggan.
Pelanggan jenis bagaimana yang kita mahu sasarkan, bagaimana kuasa beli mereka, apakah tabiat mereka, apa masalah yang mahu diselesaikan. Ini antara survey yang boleh dibuat dalam pemilihan bakal sasaran pelanggan.

iii. Strategi pemasaran.
Fikirkan cara yang bakal digunakan untuk membuatkan produk baharu kita dikenali di samping dapat membuat jualan. Ada banyak cara boleh digunakan, ia bergantung kepada strategi pemilik produk.

6. Bagaimana cara yang sesuai untuk mengatasi isu buang harga?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah produk tercipta. Maka akan wujud pelbagai cabaran. Antara cabarannya adalah isu buang harga dan peniru. Dalam hal begini, Ibu pejabat sendiri jangan mulakan membuang harga.

Ibu pejabat amat memainkan peranan penting dalam isu pembuangan harga. Akan tetapi, isu buang harga memang sesuatu yang di luar kawalan.

Adalah lebih baik sekiranya pihak ibu pejabat fokus untuk meningkatkan lagi kualiti produk ataupun mutu perkhidmatan syarikat.

7. Bagaimana mahu atasi pesaing yang meniru produk?

Setiap produk yang dicipta, akan ada kelemahan dan kekurangan. Sekiranya kita yakin dengan kekuatan produk kita. Fokus pada kekuatan itu dan buat yang terbaik.

Mungkin kita boleh belajar dari pesaing, seperti apa kelemahan kita yang boleh ditambah baik. Kawal apa yang kita mampu dan fokus pada kekuatan. Ini kuncinya.

8. Apa yang membuatkan Aurawhite boleh bertahan lama dipasaran?

Seperti yang telah diterangkan tadi, buat produk bukan semata-mata sebab ada duit dan terus buat dan terus laku dijual. Tetapi melibatkan banyak perkara.

Antaranya marketing yang berterusan, pihak Aura White akan memastikan marketing dilakukan secara konsisten. Baik secara online atau offline. Konsistensi sangat penting!

9. Apakah nasihat buat mereka yang baru nak terlibat dalam bisnes ‘health and beauty’?

Pertama, jangan buat produk syok sendiri! Ambil masa untuk buat kajian pasaran. Lebih baik melabur sedikit masa dari melabur mengikut hati dan rasa-rasa.

Maklumat dan data sangat penting! Buat ‘market research’, kenalpasti sasaran pelanggan!

Kedua, tentang pengiraan kos. Pastikan telah dibuat sebaiknya. Ingat, walaupun ada duit berkepuk sekalipun, itu bukan jaminan produk yang dibuat akan terjual.

Jangan lupa masukkan kos-kos lain. Kos marketing antaranya. Ada ketikanya, memang tidak dapat dinafikan, kos marketing boleh lebih tinggi dari kos membuat produk!

Selesai sesi temuramah, kami pun selfie bersama.

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada yang membaca. Maklumat yang dikongsikan tidak terlalu terperinci. Ianya sekadar pemahaman konseptual. Wallahua’lam.

SHARE jika bermanfaat pada orang lain