Pada minggu ini, Apple AirPods telah dilancarkan dan dijual buat pasaran Malaysia dengan harga RM849. Rekabentuknya yang unik serta wireless membuatkan produk ini tidak terlepas daripada bahan jenaka dan ‘troll‘ sejak hari pertama diumumkan.

Terbaru, Apple telah menjawab pertanyaan ramai mengenai masalah melibatkan Apple AirPods. Antaranya, kos gantian untuk membeli sebiji Apple AirPods. Melalui laman web Apple, dikhabarkan pengguna boleh mendapatkan gantian AirPods pada harga $69 (~RM308). Harga yang sama perlu dibayar pengguna jika battery case Apple AirPods mengalami masalah.

Buat pengguna yang mahu menggunakan Apple AirPods dengan sokongan wayar, aksesori daripada Spigen ini mungkin antara yang anda perlukan. Welcome to the wireless world, Apple fans.

Jom tonton review MKBHD mengenai Apple AirPods. Serious cool!

Baca lagi: Disebabkan Tidak Sabar Menunggu, Apple AirPods Ini Dibida Dengan Harga RM7 Ribu

Sumber