Satu ketika dahulu orang ramai mampu menikmati durian setiap kali musimnya datang. Namun pada masa ini disebabkan harganya yang semakin melonjak naik, hanya sebahagian kelompok sahaja mampu membelinya walaupun ia bukan daripada durian gred premium.

Terbaharu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, peminat durian di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan kenaikan yang tidak dapat dielakkan kerana beberapa faktor termasuk cuaca hujan berpanjangan sehingga memberi impak kepada pengeluaran durian.

Menurut beliau lagi, kenaikan seperti dari RM30 hingga RM40 sekilogram bagi durian Musang King kepada RM60 hingga RM80 sekilogram itu juga disebabkan kos baja yang meningkat selain masalah kekurangan pekerja di ladang.

Datuk Seri Ahmad Hamzah | Sumber Gambar: Astro Awani

“Persatuan memaklumkan akan menaikkan harga durian, tetapi kita tidak tahu berapa. Ada juga negeri yang melaporkan lebih 50 peratus kekurangan durian disebabkan cuaca.

“Jadi ia memberi kesan kepada pembungaan dan pendebungaan kerana apabila hujan lebat bunga akan gugur, sebab itu jangkakan pengeluaran berkurangan,” kata Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Berdasarkan maklum balas persatuan penanaman durian telah memberi bayangan mengenai kenaikan tersebut terutama durian popular seperti Musang King dan Black Thorn.

Oleh kerana permintaan terlalu tinggi, China membelanjakan kira-kira RM61.2 juta borong durian Musang King dalam masa satu jam secara dalam talian.

Rakyat China Belanja RM61.2 Juta, Borong Durian Musang King Dari Malaysia

Durian Musang King Dari Malaysia Sudah Mula Dijual Di Rangkaian Kedai Alibaba China

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand