Difahamkan sekitar 40 mayat telah dibuang di Sungao Ganges di India. Mayat-mayat terbabit yang terdampar di tebing sungai disyaki mangsa COVID-19 yang dibuang di sempadan antara Bihar dan Uttar Pradesh.

Memetik laporan BBC, beberapa mayat dilihat dengan kesan luka terbakar dipercayai telah menjalani proses pembakaran mayat setelah meninggal dunia akibat wabak COVID-19, kata Ashok Kumar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beberapa penduduk tempatan memberitahu media bahawa akibat daripada kekurangan kayu untuk pembakaran serta kenaikan kos pengebumian telah menyebabkan beberapa keluarga tidak mempunyai pilihan selain melepaskan mayat ahli keluarga mereka yang meninggal akibat COVID-19 di sungai.

Difahamkan bahawa pihak hospital swasta kini telah mengenakan bayaran yang mahal kepada rakyat India jika mereka mahu menuntut mayat waris mereka yang meninggal di hospital terbabit.

“Hospital swasta kini menekan orang. Rakyat biasa yang tidak mempunyai wang untuk membayar pendeta dan mengeluarkan lebih banyak wang untuk tujuan pembakaran mayat di tepi sungai,” kata penduduk tempatan Chandra Mohan.

“Mereka meminta 2,000 rupee untuk mengeluarkan mayat dari ambulans. Sungai telah menjadi jalan terakhir mereka sehingga orang menguburkan mayat di sana.”

India ketika ini telah mencatatkan lebih daripada 22.6 juta kes COVID-19 dan 246,116 kematian sejak bermulanya wabak ini.

Gelombang jangkitan COVID-19 di India telah menyumbang separuh daripada kes COVID-19 harian global selama lebih dari seminggu. Keadaan ini telah membuatkan kerajaan India buntu akal ketika dunia sedang mencari jalan keluar daripada situasi buruk ini.

Sehingga kini masih belum jelas bagaimana mayat itu berada di sana, tetapi laporan media tempatan menyatakan bahawa ia mungkin mayat mangsa Covid-19.

Manakala laporan media lain mengatakan sebanyak 100 mayat lain turut dijumpai di sekitar sungai terbabit dan melihat kepada keadaan mayat terbabit, ia menunjukkan bahawa mayat itu sudah terdampar di bibir sungai sejak beberapa hari yang lalu.

Dipulau kerana COVID-19, lelaki tua di India bawa jenazah isteri seorang diri guna basikal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dipulau Kerana COVID-19, Lelaki Tua Di India Bawa Jenazah Isteri Seorang Diri Guna Basikal

Suasana Ngeri Di India, Koleksi Foto Pembakaran Mayat Mangsa COVID-19 Secara Besar-Besaran

Malaysia Rekod Kes Pertama Varian COVID-19 Mutasi Berganda, Dibawa Masuk Menerusi Rakyat India

 

Sumber