Kata orang menggunakan barangan premium haruslah bersedia kepada segala kemungkinan yang melibatkan kos yang besar. Skrip yang sama pada kali ini apabila Apple iPhone X yang ditawarkan dengan harga tertinggi iaitu RM7,049 memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding iPhone lain untuk dibaiki.

Menurut laporan, para pengguna memerlukan $329 (RM1,368.54) untuk membaiki skrin iPhone XS Max manakala iPhone XS yang hadir dengan saiz yang lebih kecil menelan belanja sekitar $279 (RM1,160.86) untuk dibaiki. Difahamkan kos yang tinggi ini disebabkan Apple menggunakan paparan OLED daripada Samsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iPhone-broken-screen-drop

Lain ceritanya pula sekiranya Apple iPhone XS Max anda mengalami masalah retak atau memerlukan petukaran beberapa komponen lain dimana kos membaik pulih iPhone XS Max secara penuh adalah sekitar $599 (RM2,492.32). Kos yang tinggi ini sekaligus menjadi perbandingan bersama beberapa telefon pintar Android yang dijual pada kadar harga yang sama.

Sekiranya anda antara pengguna yang bakal mendapat iPhone XR, XS dan XS Max tidak lama lagi, diharap anda bersedia dengan kos membaiki skrin dan seluruh iPhone sekiranya rosak atau pecah.

Baca lagi: Apple iPhone XS Max Bakal Mula Dijual 26 Oktober Ini

Sumber