Sebuah pasukan bola sepak profesional berpangkalan di Manila, FC Meralco Manila semalam mengumumkan pembubaran pasukan mereka dari menyertai ‘Philippines Football League (PFL)” musim 2018.

Kenyataan rasmi itu telah dikeluarkan oleh pihak kelab melalui lama media sosial Facebook mereka telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pelabur baru serta penaja namun tidak mereka gagal mencapai sebarang persetujuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengenai akademi remaja pula, pihak kelab akan membuat pengumuman seterusnya berkenaan status akademi samada akan diteruskan atau turut dibubarkan.

24301363_1898835053464181_1452506755057633314_n

Tonggak skuad digelar ‘Sparks’ itu seperti Curt Dizon, Simon Greatwich dan Daniel Gadia sedang mencari pasukan baru untuk musim 2018 sambil dibantu oleh pihak kelab untuk mendapatkan tempat sebelum jendela perpindahan PFL ditutup pada pertengahn bulan Febuari 2018 nanti.

“Pihak pengurusan pasukan sedang dalam proses mencari pasukan baru untuk pemain-pemain kami. Mereka merupakan atlit yang luar biasa perlu terus beraksi, dan kami akan membantu mereka mendapatkan kelab baru”

Pada Julai 2017, Phil dan James Younghusband berhijrah ke Davao Aguilas FC selepas beraksi bersama FC Meralco Manila selama 6 musim.

Sejarah Kelab Dan Pencapaian FC Meralco Manila

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikenali dengan nama Loyola Agila FC dan pemain-pemain mereka asalnya adalah dari pasukan  Ateneo de Manila University terdiri daripada pelajar dan staff.

25289275_1913439958670357_9030335783197264525_n

Pada 2011 syarikat elektrik Manila, Meralco, mengambilalih pasukan dan menukar nama kepada Loyola Meralco Sparks FC. Dengan kuasa kewangan yang tinggi, Meralco membawa masuk Phil dan James Younghusband untuk menguatkan pasukan dan berjaya muncul naib juara UFL Cup 2011, tempat ketiga UFL Cup 2012, dan Juara UFL Cup 2013.

Selain itu, pasukan ini juga pernah menjuarai PFF Men’s Club Championship pada tahun 2015.

Dari musim 2012 sehingga 2017 hanya FC Maralco Manila secara konsisten berada dalam kelompok Top 3 liga bola sepak utama Filipina. Musim 2017 walaupun mereka muncul sebagai pemenang tempat ke 3 PFL Final Series, tetapi dalam regular season, mereka adalah juara 2017 menewaskan Ceres Negros serta Global Cebu.