Filem aksi permotoran (yang kini disuntik dengan elemen fiksyen) Fast & Furious memang cukup dikenali oleh peminat-peminat kereta di seluruh dunia. Setiap kali filem tersebut ditayangkan, pasti ia mendapat perhatian orang ramai walaupun selepas itu filem tersebut mendapat ‘kritikan’ daripada para peminat.

Baru-baru ini Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd dan Labuan Overseas Holding Bhd mengadakan sidang media di Reevo Merchant Lounge di OneCity Mall, Subang Jaya pada hari minggu lalu bagi mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan sebuah filem ala-ala Fast & Furious versi tempatan yang dikenali sebagai The Catcher.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan anggaran kos produksi melebihi RM50 juta, filem ini mengisahkan kehidupan peminat modifiksi kereta serta kisah seorang budak tinggal di bandar kecil yang bercita-cita menjadi seorang ‘Raja Drift‘.

“Pemuda ini bekerja keras untuk memenangi setiap perlumbaan, menghadapi lawan yang hebat dari seluruh dunia yang kebanyakan supercar tersebut telah banyak diubahsuai,” kata Ong Peng Chu, pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd pada sidang media tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Bhd, Burhanudin Mohd Yusoff pula menyatakan filem The Catcher bakal menjadi sebuah filem yang akan menarik perhatian para pelabur berprofil tinggi.

“Kami menantikan kejayaan filem ini kerana ia mempunyai potensi besar untuk membuka peluang pelaburan dalam industri berkaitan kenderaan bermotor serta merangsang pemulihan ekonomi kita,” katanya.

Manakala pengasas Robotz, Dato Sri’ Jeffrey Theo menyatakan filem terbabit bakal menampilkan 500 buah supercar daripada pelbagai jenama milik ahli Robotz Car Club sendiri. Setiap ahli juga akan menyumbang sejumlah wang dalam mengumpulkan dana untuk filem tersebut.

Supercar disukai oleh orang ramai, tidak kira daripada mana-mana pangkat dan latar belakang. Sebagai peminat supercar, kami masing-masing di Robotz selalu mendapat inspirasi dari kejayaan francais filem ‘Fast & Furious’ yang dijayakan oleh Vin Diesel dan Paul Walker.

“Kami berharap dapat meniru kejayaan filem tersebut. Penglibatan kami dalam membuat sejarah melalui filem pemecah rekod ini membawa kegembiraan dan kebanggaan bagi setiap di antara kami, ” terang beliau lagi.

@ooikoktong

The Catcher – Malaysia Highest Investment Movie of 50 million & Featuring 500 Super Car . Malaysia First Fast & Furious Conception Movie #fyp #fypシ #malaysia #shorts

♬ 3 minutes ♪ Training / stretching music(961239) – SuzukiRyoma

Ketika sidang media diadakan pada 3 Oktober lalu, Labuan Overseas Holding Berhad telah menandatangani sejumlah RM2 juta untuk menambah kos dana perbelanjaan untuk memulakan produksi filem terbabit.

Pembuatan filem ini dijangka akan memecahkan beberapa rekod baik di dalam dan luar negera dengan tujuan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia serta memberikan sokongan untuk memulihkan ekonomi negara ini setelah setelah dilanda wabak pandemik sejak awal tahun lalu.

Menurut Ong, skrip filem The Catcher akan siap tidak lama lagi dan penggambaran dijangka akan bermula pada Mei tahun hadapan di beberapa kawasan seperti Lembah Klang, Port Dickson dan Gurun berhampiran Sungai Petani, Kedah.

“Filem ini akan menampilkan beberapa nama-nama besar dalam industri perfileman tempatan dan antarabangsa kerana kami turut menyasarkan pasaran antarabangsa.

“Penggambaran akan memakan masa lapan bulan dan tayangan perdana bakal dibuat di pawagam serta di platform video online yang lain,” tambah Ong lagi.

Adakah filem dengan bajet kos produksi tertinggi di Malaysia yang bernilai lebih RM50 juta ini boleh menyaingi francais Fast & Furious? Sama-sama kita nantikan tayangan filem The Catcher pada tahun 2023 nanti.

Francais Fast & Furious dikhabarkan bakal ditamatkan dalam dua buah filem lagi dan mungkin diteruskan dengan filem ‘spin-off’ selepas itu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Filem ‘Fast and Furious’ Bakal Ditamatkan Pada Filem Ke-11

F9: The Fast Saga Sah Akan Ada Aksi Di Angkasa Lepas Pula