Kemelut masalah bekalan air di Kelantan masih lagi menjadi bual bicara bukan sahaja penduduk setempat bahkan orang ramai dari negeri-negeri lain. Walaupun sudah ada membuat laporan kepada pihak berkuasa dan yang mengalami masalah gatal-gatal kulit, namun punca permasalahan itu menjadi tanda tanya buat sekian lama.

Terbaharu, Harian Metro melaporkan kerajaan Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air yang dihadapi di negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

Baca Juga:

Sumber: focus malaysia

Jawapan itu diberikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Dalam tempoh 30 tahun, banyak usaha yang dilakukan kerajaan negeri namun kekangan utama yang dialami adalah membabitkan soal kewangan.

“Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat, namun sayang peruntukan berkenaan tidak ‘turun’ disebabkan isu teknikal dan politik.

“Justeru pada tahun ini, kos untuk pulihkan bekalan air meningkat kepada RM7 bilion dan kita sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Mohd Adhan memaklumkan Kelantan masih dianggap gagal dalam menyelesaikan masalah air kepada rakyat negeri itu apabila sehingga kini tidak mampu menyelesaikannya dan apa usaha yang dilakukan sehingga kini.

“Bagaimanapun, kita tidak menganggap isu ini sebagai kegagalan kerajaan negeri sebaliknya ia adalah masalah yang perlu kita hadapi.

“Kita sentiasa berusaha dan bersikap terbuka kerana masalah air sepatutnya sudah lama selesai sekiranya peruntukan diberikan kepada Kelantan,” katanya.

Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor berkata, sekalipun kerajaan negeri mempunyai sejumlah wang berkenaan, mereka memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah itu.