Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Disebabkan posting saya berkenaan Nissan GT-R mendapat sambutan, saya berkenan pula untuk menulis tentang penjagaan sebuah lagi kereta mewah yang menjadi dambaan ramai, Lamborghini Gallardo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini:

• Dilahirkan pada tahun 2005.
• Mempunyai enjin bersesaran 4,993cc (5.0L), 1st Generation.
• 5,200cc(5.2L) 2nd Generation.
• Direka oleh Mr. Luc Donckerwalke. Sekarang beliau bekerja untuk Hyundai. Hyundai ya tuan-tuan sekalian.
• Kod yang diberi adalah LP560-4,LP570-4 dan LP550-2. Nombor dibelakang merujuk kepada layout dimana 4 untuk AWD dan 2 untuk 2WD.
• Produksi untuk kenderaan ini berakhir pada tahun 2013.

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan (Maintenance).

SERVIS

Engine Oil Service Package

Lamborghini-Gallardo-Service-Center-Richlin-Imports-Harrisburg-PA

Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 9.5 Liter. Kelikatan minyak yang digunakan adalah 5W-40. Harga bagi setiap servis adalah dalam lingkungan RM2,200.

Transmission Service Package
Okay, bab ni special sikit. Kenapa special ? Bacalah dulu. Pakej merangkumi minyak E-Gear, Front Diff & Rear Diff. Front Diff menggunakan sebanyak 1.3 Liter minyak berkelikatan SAE 75/90. Rear Diff menggunakan sebanyak 4 Liter minyak berkelikatan SAE 75/90.

E-Gear menggunakan sebanyak 2 Liter minyak. Minyak apa ? PETRONAS TUTELA. Ya, Petronas Tutela CS Speed SAE75W Made In Italy. So lepas ini jangan pandang rendah pada produk negara sendiri ya.
Kos pula adalah dalam lingkungan RM3,000.

COMMON WEAR & TEAR PARTS

Bab ini sebenarnya tidak banyak sangat. Bukan sebab saya bias. Tetapi saya baharu jumpa dua buah sahaja Gallardo yang tinggi mileage-nya. Selainnya, semua mileage dibawah 100,000km. Baiklah, mari kita mula.

Front Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000.

Rear Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM2,900-RM3,900.

Brake Disc/Rotor

Sumber: dreamcarsite

Sebenarnya jarang habis benda ini memandangkan materialnya adalah Carbon Ceramic. Tetapi, jika perkara tidak diingini berlaku, inilah harganya; dalam lingkungan RM70,000 full set.

Clutch(E-Gear)

Seperti kenderaan biasa, Lamborghini juga mempunyai klac untuk menghubungkan kuasa dari enjin ke sistem transmisi lalu ke tayar. Klac adalah satu benda yang akan habis. Kos untuk menukar klac set adalah dalam lingkungan RM29,000.

E-Gear Gearbox Actuator
Saya boleh cakap benda ni agak common juga sebab saya dah handle lebih kurang 10 kes membabitkan Unit Actuator ni. Benda ni berfungsi sebagai penggerak untuk membolehkan gear itu ditukar. Benda ini rosak, tak bertukarlah gear nanti. Seperti unit mechatronic yang terdapat dalam transmisi 0AM VW DSG.

Ferrari juga menggunakan sistem yang sama. Dan saya pernah menggunakan E-Gear Actuator dari Lamborghini Murcielago pada Ferrari F430 atas alasan owner bajet ketat. Lagipun, pengeluar adalah sama iaitu Magneti Marelli. Oh ya, kos ? Kalau reconditioning adalah dalam lingkungan RM10,000 dan RM30,000 bagi unit yang baru.

Tayar

ZHWGU12T08LA06515v2
Tayar bagi Lamborghini Gallardo ini adalah bersaiz 235/35R19(Depan) dan 295/30R19(Belakang). Harga? Cuba buat survey sendiri. Takut kena kecam pula. Bab harga tayar ni sensitif sikit.

Belting Set
Ini bukan Lamborghini sahaja. Semua kereta juga perlu tukar bila sampai masanya. Kecuali Tesla sahaja rasanya. Kos dalam lingkungan RM5,000 berserta upah dan related parts.

Valve/Rocker Cover Gasket
Biasanya “oil leak” pada bahagian ini. Kos adalah dalam lingkungan RM2,800 berserta upah.

Spark Plug
Enjin 10 Silinder, jadi Spark Plug juga ada 10 ya Tuan Tuan. Kos adalah dalam lingkungan RM3,600 berserta upah.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun.

Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu di kemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.

Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke RTechnik Sdn Bhd dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua.

Sekian, Terima Kasih.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!