Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana mengundi pada post tempoh hari, jadi hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan sebuah Maserati GranTurismo.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

⚙️ Dilahirkan pada tahun 2007.
⚙️ Mempunyai enjin bersesaran 4,244cc(4.2) model 2007.
⚙️ 4,691(4.7L) model 2008 ke atas.
⚙️ Direka oleh Jason Castriota. Orang Amerika yang juga mereka SSC Tuatara.
⚙️ Kapasiti tempat duduk kenderaan ini adalah 2+2.
⚙️ Produksi untuk kenderaan ini masih belum berakhir sehingga sekarang.
⚙️ Model GranTurismo ini terbahagi kepada 3 iaitu GranTurismo, GranTurismo MC Stradale(idaman) dan GranCabrio.
⚙️ Dimana di setiap 3 model ini, ada lagi sub-model yang bernaung dibawah model-model ini. Jadi, kenali model yang anda miliki atau yang anda mahu miliki.
⚙️ Bagi model MC Stradale, ini adalah model pertama GranTurismo yang kelajuannya melebihi 300km/h. Kelajuan yang direkodkan ketika ujian adalah 303km/h. Laju !!

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance).

Maserati GT in

SERVIS
Engine Oil Service Package

Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 9 Liter baik model 4.2 atau 4.7. Kelikatan minyak yang digunakan adalah Fully Synthetic 5W-40. Harga bagi setiap servis termasuk Oil Filter dan upah adalah dalam lingkungan RM2,000.

Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini terbahagi kepada dua. Hal ini kerana kenderaan ini dilengkapi dengan dua jenis Sistem Transmisi yang berbeza iaitu Automatik 6-Kelajuan Konvensional(6HP26) buatan ZF dan ‘Electrohydraulic Manual Transmission’ (E-Gear) 6-Kelajuan buatan Magneti Marelli. Jadi, kos penyelenggaraan juga adalah berbeza sama sekali.

Transmission Service Package (6HP26)
Pakej ini merangkumi komponen seperti berikut :-
– Transmission Fluid 7 Liter
– Transmission Sump integrated with Strainer
– Transmission Sump Gasket
– Screw
Kos termasuk upah adalah dalam lingkungan RM1,800 – RM2,500.

Transmission Service Package (E-Gear)
Pakej merangkumi minyak E-Gear & Gearbox. Gearbox menggunakan sebanyak 4 Liter minyak berkelikatan SAE 75/90. E-Gear menggunakan sebanyak 2 Liter minyak iaitu minyak Petronas Tutela CS Speed SAE75W Made In Italy. Kos pula adalah dalam lingkungan RM3,000.

COMMON WEAR & TEAR PARTS

1. Front Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek depan bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000. Bagi Model MC Stradale pula, ia menggunakan set rotor dan pad dari Carbon Ceramic. Harganya pula dalam lingkungan RM5,400-6,500.

2. Rear Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek belakang bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM1,800-RM2,500 dan bagi model MC Stradale berharga dalam lingkungan RM5,400-RM6,500.

3. Brake Disc/Rotor
Bagi model GranTurismo biasa, Brake Rotor yang digunakan adalah dari material besi seperi kenderaan-kenderaan yang lain. Harganya untuk keempat-empat rotor dalam lingkungan RM14,000-RM16,000. Bagi model MC Stradale pula, Carbon Ceramic Brake (CCB) rotor berharga dalam lingkungan RM50,000-RM70,000 bagi keempat-empat unit.

4. Air Filter
Kos untuk menukar Air Filter bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM550-RM650.

5. Spark Plug & Ignition Coil
Kenderaan ini menggunakan enjin V8 model F136U (4.2) dan F136Y (4.7) hasil kerjasama Ferrari-Maserati. Enjin F136Y (4.7) ini juga diaplikasikan pada model Alpha Romeo 8C Competizione. Jadi, bila dah guna enjin V8, jumlah silindernya pula ada 8 dan jumlah spark plug dan ignition coil yang diperlukan juga adalah 8 biji. Kos untuk menukar spark plug ini adalah dalam lingkungan RM1,200-RM1,600. Kos untuk menukar kelapan-lapan biji ignition coil pula adalah dalam lingkungan RM3,700-RM4,500.

6. Clutch(E-Gear)
Masalah ini hanya terpakai pada model yang menggunakan sistem E-Gear sahaja dimana model ini mempunyai klac untuk menghubungkan kuasa dari enjin ke sistem transmisi lalu ke tayar. Dan klac adalah satu benda yang akan habis. Kos untuk menukar klac set adalah dalam lingkungan RM19,000-RM25,000.

6. E-Gear Gearbox Actuator
Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini di post berkaitan Lamborghini Gallardo tempoh hari, kenderaan ini menggunakan unit Actuator yang sama. Bila menggunakan unit yang sama, maka penyakitnya juga adalah sama. Hebat betul Magneti Marelli ni close deal. Berkenaan kos, Kalau reconditioning adalah dalam lingkungan RM10,000 dan RM30,000 bagi unit yang baru.

7. Tayar
Tayar bagi Maserati GranTurismo ini adalah bersaiz 245/35R20 (Depan) dan 255/35R20 (Belakang). Bagi model MC Stradale pula saiznya adalah 255/30R20 (Depan) dan 295/30R20 (Belakang) Harga ? Mohon check sendiri ya.

8.Sistem Suspensi
Sistem Suspensi juga boleh siklasifikasikan sebagai wear & tear dimana umum mengetahui komponen ini satu akan rosak jua. Sama ada lambat atau cepat sahaja. Kos untuk menukar keempat-empat penyerap hentak/shock absorber kenderaan ini beserta related parts adalah dalam lingkungan RM17,000 – RM20,000.

9. Belting Set
Kos untuk menukar Belting Set beserta related parts adalah dalam lingkungan RM1,600-RM2,000 berserta upah.

10. Valve/Rocker Cover & Gasket
Biasanya ‘oil leak’ lah pada bahagian ini. Kos adalah dalam lingkungan RM1,500-RM2,000 berserta upah. Akan tetapi, berdasarkan pengalaman saya, boleh terjadi tragedy dimana Rocker Cover itu sendiri crack ketika mahu mngeluarkannya dari enjin. Jika ini berlaku, kos untuk menukar keseluruhan Rocker Cover adalah dalam lingkungan RM8,500-RM9,500 bagi seunit. Kalau kedua-dua belah crack, Kosnya mencanak sehingga RM17,000-19,000.

11. Exhaust Manifold/Header
Bahagian ini masalah utamanya adalah crack/retak atau pecah. Kan kereta mahal, macam mana boleh pecah ? Well, buatan manusia. Exhaust Manifold bagi Maserati/Ferrari/Lamborghini tak sama seperti kenderaan biasa dimana ketika idling pun anda boleh lihat perubahan warna(merah menyala) pada komponen ini. Memang sangat-sangat panas. Jika masalah ini berlaku, ada 2 cara; buka dan weld balik atau tukar kepada unit baru. Jika weld, upahnya memang tinggi kerana nak buka cover/wrap manifold ini sahaja mengambil masa sehingga satu hari, kosnya dalam anggaran RM3,500-RM4,500 berserta upah. Jika tukar pada unit baru kosnya pula adalah dalam lingkungan RM8,500-RM10,000.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak maklumat yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.

Satu lagi, TOLONG jangan klasifikasikan Maserati ini sebagai ‘Ferrari Murah/Cheap Ferrari’. Biarpun harga marketnya lebih rendah, dan menggunakan enjin dan sistem dari Ferrari, tetapi ia mempunyai karakternya yang tersendiri. Setiap kenderaan yang dibuat mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Masuk dan pandu sendiri dan anda akan rasakan keunikannya.

Oh ya, Syarikat Induk/Parents Company bagi Maserati dan Ferrari sekarang adalah Fiat Chysler Automobiles N.V.

Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, lebih-lebih lagi berkenaan Supercar seperti ini, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.

Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke RTechnik Sdn Bhd dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua.

Sekian, Terima Kasih.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohamad Yazid Bin Zaidi. Beliau merupakan pengurus untuk bengkel kereta continental, RTechnik Sdn Bhd. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group