Ada keinginan untuk membeli kereta mewah seperti Nissan GT-R sebagai contoh? Di sini aku ingin kongsikan pengalaman aku tentang penjagaan sebuah GT-R. Apa yang aku kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan pasukan mekanik aku di sini.

Kita mulakan dengan servis biasa sahaja dulu diikuti dengan common wear & tear parts.

A. SERVIS

1) Engine Oil Service Package

Engine Oil digunakan sebanyak 5.5 liter. Jika menggunakan aftermarket big oil pan, lebih banyak minyak diperlukan.

Kos dalam lingkungan RM950 berserta upah (Motul 300V).

2) Transmission Service Package

Transmission Fluid digunakan sebanyak 11 liter. Sama seperti konsep Engine Oil tadi, jika aftermarket big oil pan digunakan, lebih banyak minyak diperlukan. Pakej merangkumi “Front Diff Oil” dan “Rear Diff Oil”.

Kos dalam lingkungan RM2,600 berserta upah.

B. COMMON WEAR & TEAR PARTS

1) Spark Plug

VR38 merupakan sebuah enjin 6 Silinder V6, so 6 unit spark plug diperlukan. Spark Plug original ada 2 jenis; NGK dan Denso. Harga lebih kurang.

Kos dalam lingkungan RM1,320 berserta upah.

2) Front Brake Pad

Bab ni, Caliper pun Brembo. Jadi faham-fahamlah. Tetapi untuk GT-R ada banyak pilihan. Nak yang murah ada, yang mahal pun ada.

Kos dalam lingkungan RM2,850 (original), RM2,400 (Endless).

3) Rear Brake Pad

Pun sama seperti Front Brake Pad. Banyak pilihan. RM2,640 (original), RM1,700 (Endless).

4) Front Brake Rotor & Rear Brake Rotor

Daripada pengalaman aku, ada 3 brand sahaja yang aku percaya. Original (Brembo), Endless, dan AP Racing.

Kos adalah dalam lingkungan RM12,000 ke RM18,000.

5) ABS Pump

Boleh dikatakan kerap memberikan masalah juga, harganya boleh tahan. Kos adalah dalam lingkungan RM10,000 dengan upah.

*Aku tak suka berkompromi tentang brek, lagipun major knowledge aku adalah perihal sistem brek. Jadi aku tak recommend pakai low quality brake pad.

6) Tayar

Universal. Ini ikut kemampuan dan minat anda terhadap jenama dan jenis tayar tersebut. Jangan pakai tayar toreh sudahlah.
Kos dalam lingkungan RM10,000.

7) TPMS

Tire Pressure Monitoring System. Sensor ni ada dalam tayar. Selalu sangat rosak. Nak tukar ini kena keluarkan tayar daripada rim ye tuan-tuan. Kalau anda pakai tayar RFT lagi tinggi kedai caj anda.

Kos dalam lingkungan RM800 seunit dengan upah. Berdoalah jangan sampai 4 biji sekali rosak.

8) Flywheel Housing

Dipanggil juga sebagai Bell Housing. Jika benda ni rosak, anda akan dengar ‘rattling sound’ dari bawah kenderaan anda.

Kos adalah dalam lingkungan RM11,000 siap pasang.

9) Height Level Sensor

Sensor ni terletak di belakang kiri sistem suspensi kenderaan. Selalu juga patah.
Kos adalah dalam lingkungan RM3,850 dengan upah.

10) Suspension Set

Jika kenderaan anda berusia lebih dari 5 tahun, bersedia dengan masalah ‘leak absorber’. Sistem suspensi kenderaan ini dilengkapi dengan sistem ‘damptronic’ dimana anda boleh melaras kekerasan suspensi tersebut. Aku recommend dua jenis set utk kenderaan ini, Original atau Litchfield Street.
Kos adalah dalam lingkungan RM31,000 (Original), dan RM27,000 (Litchfield).

11) Coolant Expansion Tank

Tangki air ini jahat. Selalu bocor. Kalau anda lihat ‘coolant level’ dalam tangki makin berkurang, cubalah periksa keadaan tangki ini dahulu ya.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,290 berserta upah.

12) Valve/Rocker Cover Gasket

Bukan enjin V6 sahaja ada masalah ini, malah kebanyakkan enjin.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,500 berserta upah.

13) Transmission Unit

Terlalu banyak untuk diceritakan dan ditulis disini. GR6 ni sebenarnya bermacam ragam. Tapi yang common adalah clutch wear. Jadi aku tak bagi kos satu persatu, anggaran kos keseluruhan rebuild balik gearbox unit ni adalah lingkungan RM45,000 atau lebih.

Cukuplah sampai di sini saja aku kongsikan maklumat tentang GTR ni. Jika ingin mengetahui maklumat lebih lanjut bolehlah ‘PM’ aku sendiri atau datang terus bersua muka. Aku akan share apa saja yang anda nak tahu tentang GTR.

Inilah ‘kos tersembunyi’ yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta mewah. Bukan hanya sewa bulanan yang anda kena fikir tetapi kos-kos ini yang bakal muncul sekiranya berlaku kerosakan atau sudah cukup masa untuk diservis. Itu belum lagi cerita servis kereta seperti LAMBORGHINI GALLARDO. Itu di perkongsian kemudian.

Disini juga aku tak sentuh langsung tentang modifikasi ye. Untuk bab itu, ada lebih baik cerita di kedai kopi.

P/S: Kalau nak datang jumpa, bawa teh o ais ikat tepi. Itu pengerasnya 😝.