Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam berkata bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak bercadang untuk membeli vaksin bagi rakyat negeri terbabit berikutan kos mendapatkannya akan melibatkan harga yang tinggi.

Dia yang ditemubual oleh Harian Metro turut menambah bahawa negeri seperti Sarawak mempunyai kapasiti untuk membeli vaksin, manakala Kelantan akan mengambil pendekatan sama seperti negeri lain iaitu tunggu dan ikut pendaftaran seperti biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kelantan setakat ini mengambil pendekatan seperti negeri lain kerana ia membabitkan kos besar. Kami ambil pendekatan tunggu dan ikut pendaftaran seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk kerajaan negeri membeli vaksin sendiri tetapi ia mestilah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).

Dalam perkembangan lain, Ahmad turut meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan kes wabak COVID-19 di Kelantan yang kini meletakkan negeri terbabit di kedudukan tiga tertinggi kes COVID-19.

Dia berkata bahawa tiada pendekatan lain untuk mengurangkan jangkitan wabak COVID-19 melainkan semua rakyat berdisiplin dengan mematuhi prosedur operasi standard.

“Sehingga kini tahap SOP daripada segi penjarakan di lokasi tertentu seperti pasar masih lemah dan kami mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya.

Perkongsian KJ tentang ‘side effect’ vaksin dari China selepas disuntik buat netizen terhibur. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur

Golongan Antivaksin Kurang Senang Dengan Syarat Terbaru Arab Saudi Ke Atas Jemaah Haji

Selepas Kontroversi Anti Vaksin, Zul Yahya Umum Keluar Tabligh Demi Jaga Nama Baik Jemaah

Sumber