Apple sememangnya terkenal sebagai syarikat teknologi dengan penawaran produk berharga premium. Jika model tahun lalu iaitu Apple iPhone X berjaya menjadi telefon pintar dengan tanda harga tertinggi iaitu $1000, nampaknya Apple meneruskan lagi trend yang sama dengan memperkenalkan Apple iPhone XS Max yang dijual dengan harga sehingga $1,449 di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, melalui laporan daripada TechInsights, kos penghasilan Apple iPhone XS Max 256 GB yang dijual pada harga $1,249 dianggarkan hanyalah sekitar $443 (~RM1,834) sahaja. Komponen termahal pada model ini adalah paparan OLED yang berharga $80.50 (~RM333).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone-xs-max-3
Sumber: CNET

Meskipun umum mengetahui harga tersebut cuma meliputi kos penghasilan tanpa melibatkan kos pemasaran dan sebagainya, perbezaan jurang harga yang tinggi ini turut mengundang banyak perbincangan dikalangan pengguna.

Tim Cook juga turut mengesahkan Apple berjaya menunjukkan angka yang positif dari segi keuntungan dimana keuntungan syarikat semakin meningkat. Malah, baru-baru ini Apple berjaya tersenarai sebagai syarikat teknologi dengan nilai mencecah $1 trilion.

104598475–sites-default-files-images-104424509-GettyImages-487392310.1910×1000

Jelas sekali jualan iPhone dengan harga yang mahal tidak menjejaskan keuntungan syarikat dengan jumlah pembeli yang ramai. Adakah anda salah seorang daripada penyumbangnya?

Sumber