Sebut mengenai Apple iPhone pasti orang ramai cukup tahu di mana jenama ini sememangnya cukup terkenal dengan menawarkan produk dengan harga yang premium dan jauh lebih tinggi berbanding pesaing.

Dalam pada itu, penawaran harga telefon pintar sehingga RM6,699 nampaknya tidak menghalang orang ramai untuk sanggup beratur demi menjadi yang terawal memilikinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iPhone-12-and-iPhone-12-Pro-teardown-by-iFixit-1
Sumber: Wccftech

Di sebalik harga penjualannya yang tinggi, laporan daripada Asia Nikkei memaklumkan kos untuk menghasilkan sebuah Apple iPhone 12 Pro cuma serendah $406 (~RM1,652) sahaja. Dalam erti kata lain, Apple menjual model iPhone 12 Pro kepada pengguna dengan harga tiga kali ganda lebih tinggi.

Lebih mengejutkan, sensor kamera Apple yang berjaya mendapat pujian ramai ini dihasilkan oleh Sony dengan harga serendah $5.40 (~RM21.98) sebuah.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images__aliases_articleimage_1_9_5_6_30636591-4-eng-GB_20201116-Pie-chart-for-iPhone-teardown-Pie

Berdasarkan penggunaan komponen iPhone berasaskan negara, 26.8% daripada komponen iPhone dihasilkan oleh Korea Selatan yang merangkumi bahagian skrin daripada pengeluar Samsung dan LG. 21.9% lagi masing-masing disumbangkan oleh pengeluar dari negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan, kos yang diumumkan merangkumi harga komponen dan pemasangan sahaja dan tidak termasuk dengan kos logistik, pemasaran, R&D dan sebagainya.

105371920-1533224370844tim
CEO Apple, Tim Cook. Sumber: CNBC

Tidak dilupakan keuntungan yang tinggi pada setiap produk yang terjual. Tidak hairanlah, jenama ini berjaya muncul sebagai syarikat pertama dunia dengan nilai RM8.35 trilion Ogos 2020.

Tular sebelum ini apabila Apple dijangka bakal menyertakan bateri yang lebih kecil pada model terbaru mereka iaitu iPhone 13.

Apple Dijangka Guna Bateri Yang Lebih Kecil Pada iPhone 13

Lihat Reaksi Pembeli Berang Selepas iPhone ‘Dummy’ Berharga RM23 Tidak Berfungsi

Apple iOS 15 Mungkin Tidak Lagi Menyokong iPhone SE Dan 6s

Sumber