Dalam dunia internet ini, tiada apa pun yang selamat. Termasuklah kostum Thor untuk Avengers 4. Menurut perkongsian gambar di laman Reddit ini, dikhabarkan ini adalah suit yang akan dipakai oleh Thor dalam Avengers 4 nanti.

https://www.instagram.com/p/BoybS8ehhw7/?utm_source=ig_embed

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khabarnya ini adalah gambar kotak belakang patung permainan rasmi daripada Hasbro. Pembuat patung aksi biasanya akan mendapat lakaran konsep awal untuk setiap watak-watak filem terbaru sesuatu filem kerana mereka memerlukan masa dan guide yang terperinci untuk setiap watak.

Sebelum ini, info tentang Incredible Hulk dalam Avengers: Infinity War juga turut tertiris melalui patung permainan.

Untuk konstum Thor ini, rekaannya hampir sama dengan rekaan pakaian yang dipakai oleh Hank Pym ketika dalam filem Ant-Man & The Wasp. Jadi teori mengatakan Quantum Realm akan memainkan peranan besar dalam Avengers 4 boleh dikatakan betul.

Rocket Raccoon juga akan mempunyai pakaian yang hampir serupa dengan Thor. Jadi Rocket Raccoon juga akan ada peranan yang penting dalam Avengers 4 nanti. Selain Thor dan Rocket Raccoon, siapa lagi yang akan memakai pakaian ini nanti?