Walikota Bogor, Bima Arya telah mengeluarkan arahan baharu kepada semua Pegawai Awam Negeri (ASN) atau Penjawat Awam (PNS) kota Bogor di Indonesia di mana mereka diwajibkan memakai pakaian buatan anak tempatan, lapor CNBC Indonesia.

Arahan yang disampaikan di laman Twitter miliknya @BimaAryaS, beliau menjelaskan bahawa peraturan baharu penjawat awam memakai pakaian kasual jenama tempatan ini terkandung dalam Peraturan Walikota Bogor No. 3 Tahun 2022, dan telah disahkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setiap Selasa, ASN Kota Bogor wajib menggunakan produk pakaian kasual jenama tempatan,” katanya. “ASN mesti menjadi enjin kebangkitan ekonomi selepas pandemik. Ada 6,983 ASN, jumlah yang tidak sedikit. Insya-Allah dapat menyumbang kepada industri tempatan,” kata Bima lagi.

Mengenai peraturan ini, dijelaskan secara terperinci bahawa para penjawat awam di kota Bogor wajib memakai produk tempatan setiap hari Selasa. Kemudian, bersambung pada hari Khamis, ASN mesti memakai pangsi Sunda, dan pada hari Jumaat memakai batik atau etnik.

Sebelum ini, Presiden Joko Widodo (Jokowi) turut mengarahkan 40% daripada potensi perbelanjaan kerajaan pusat dan wilayah sebanyak Rp 1,071.4 trilion digunakan untuk perolehan produk tempatan. Jumlah tersebut adalah Rp 400 trilion dan disasarkan dapat dicapai bulan lalu.

Sasaran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam gerakan untuk merancakkan ekonomi tempatan dan barang buatan Indonesia. Nilai Rp 400 trilion yang asalnya menjadi sasaran hingga akhir tahun dipercepatkan hingga Mei 2022.

Bangga ekonomi Indonesia pulih lebih cepat, media jiran sindir Malaysia dan Thailand. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bangga Ekonomi Indonesia Pulih Lebih Cepat, Media Jiran ‘Sindir’ Malaysia Dan Thailand

Indonesia Tolak Usaha Malaysia Jadikan Bahasa Melayu Bahasa Kedua ASEAN?

Nama Ibu Kota Indonesia Jadi Perdebatan, Apakah Maksud Di Sebalik Nama ‘Nusantara’?