Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Start-Up merupakan drama Korea yang sedang ‘hit’ dalam kalangan rakyat Korea dan seluruh dunia. Bukan sebuah kisah cinta biasa, drama Korea ini mengetengahkan anak-anak muda yang berani mengambil risiko untuk mencapai impian.

Apa yang menjadi perhatian netizen, apabila watak Cheol San dalam drama Start-Up sebut Kota Kinabalu ketika mahu ‘brag’ tentang kecantikan rumah percutian milik keluarganya.

Lantaran Kota Kinabalu dipetik oleh Cheol San, rata-rata netizen berasa bangga kerana antara destinasi terbaik di Malaysia disebut. Malah, ada yang mengatakan bukan pertama kali Sabah disebut dalam drama Korea.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa rakyat Korea sering memilih Sabah sebagai lokasi percutian mereka. Pastinya ini satu promosi secara tidak langsung untuk Malaysia.

Siapa sangka Kota Kinabalu ‘dipetik’ dalam drama Start-Up ini. Adakah anda sudah menonton drama ini?

Tahukah anda bahawa buah rambutan dipilih sebagai buah dari angkasa lepas dalam sebuah drama bersiri?

Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen