Pengaruh dalam talian yang sering mencetuskan konterversi, Andrew Tate dan abangnya Tristan dilaporkan telah ditahan di Romania selepas didakwa terlibat dengan jenayah pemerdagangan manusia dan rogol.

Bekas bintang sukan tinju itu menjadi terkenal pada 2016 apabila dia disingkirkan daripada rancangan TV British Big Brother disebabkan video yang memaparkan dia menyerang seorang wanita.

Baca Juga:

Dia menjadi terkenal dalam talian selepas menulis di Twitter, di mana beliau mengatakan wanita harus memikul tanggungjawab apabila berlakunya serangan seksual.

“Keempat-empat suspek … nampaknya telah mencipta kumpulan jenayah terancang dengan tujuan merekrut, menempatkan dan mengeksploitasi wanita dengan memaksa mereka mencipta kandungan lucah yang bertujuan untuk dilihat di laman web khusus dengan kos,” kata pendakwa raya, menurut Agensi berita Reuters.

Adik beradik itu telah disiasat sejak April bersama dua warga Romania.

Video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan Tate dan abangnya dibawa keluar dari sebuah vila mewah.

Difahamkan bahawa pihak polis berjaya mengesan Tate melalui kotak pizza yang dirakam bersama beliau dalam salah satu video yang dimuat naik di laman Twitter.

Direktorat Penyiasatan Jenayah dan Keganasan Terancang Romania (DIICOT) mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak menamakan saudara Tate.

Beliau berkata bahawa dua warga Britain dan dua warga Romania disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang memberi tumpuan kepada pemerdagangan manusia.

Ia juga mengeluarkan video serbuan, menunjukkan senjata api, pisau, dan wang dipamerkan dalam satu bilik.