Kerajaan Indonesia mendakwa bahawa wang yang disumbangkan ke dalam kotak sedekah di kedai runcit dan kedai serbaneka telah menjadi sumber kepada kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), lapor Vice Indonesia.

JI ialah sebuah kumpulan pejuang agama, berdedikasi untuk mendirikan sebuah Negara Islam di sekitar Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Biro Maklumat Awam Bahagian Perhubungan Awam Polis Nasional, Awi Setiyono, mendakwa bahawa dana dari kotak amal itu digunakan oleh JI untuk membawa para pengganas ke Syria untuk latihan ketenteraan, membeli senjata dan bahan letupan, dan membayar gaji pemimpin JI.

Polis bahkan mengatakan bahawa wang untuk kotak amal itu digunakan oleh rangkaian JI untuk mengembangkan perniagaan ladang kelapa sawit.

Maklumat terbaharu ini ditemui dari hasil siasatan dan penangkapan anggota JI oleh Detasmen Khas 88 (Densus 88) dalam tempoh Oktober-November 2020. Mereka adalah dalang yang bertanggungjawab di sebalik pelbagai tindakan keganasan di Indonesia, seperti Bom Bali I dan II, Bom Marriot JW, Bom Malam Krismas, dan lain-lain yang dirakam telah meragut dua ribu korban.

“Penyalahgunaan fungsi dana kotak amal yang kami dapati terletak di kedai minimarket di beberapa wilayah di Indonesia,” kata Awi.

Untuk rekod, Polis Indonesia turut menyatakan bahawa mereka telah menangkap, Zulkarnaen, salah seorang anggota paling kanan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan Jemaah Islamiah, lapor Malay Mail pada 14 Disember 2020 lalu.

Dia yang turut dikenali sebagai Aris Sumarsono dikatakan individu yang bertanggungjawab mengebom pulau peranginan di Bali pada tahun 2002 sehingga mengorbankan lebih 200 orang.

Baca kisah penceborohan dua kem tentera oleh pengganas Al Maunah pada 2 Julai 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Pencerobohan Dua Kem Tentera Oleh Pengganas Al Maunah Pada 2 Julai 2000

PewDiePie Kecewa Dan Marah Nama Beliau Disebut Pengganas Christchurch