Jika dahulu, ramai yang sanggup lakukan apa pun demi konten di Instagram, kini ramai sudah beralih ke TikTok. Banyak video bermanfaat yang boleh didapati di TikTok dan juga sebaliknya.

Terbaharu, sebuah video menunjukkan kawan pengguna TikTok ini melakukan aksi pelik di sebuah pasaraya mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, rakannya itu bertindak mengambil ais dalam peti sejuk dan menggumpalnya seperti ais kepal lalu memakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@kakaazman

jujur korang ada kawan macam nie tngok la sendiri penat la aque . #fypシ

♬ original sound – Kaka Azman – Kaka Azman

Berikutan itu, rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian video tersebut. Malah, para netizen mengecam tindakan pengguna TikTok tersebut dimana rakannya makan ais di peti sejuk di sebuah pasar raya.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menegaskan tindakan tersebut tidak ‘bersih’ dan boleh memudaratkan kesihatan terutama sekali di era penularan wabak COVID-19 ini mungkin boleh menyebabkan jangkitan.

photo_2021-01-11_10-09-02

photo_2021-01-11_10-09-06

photo_2021-01-11_10-09-10

Bukan itu sahaja, tindakan tidak memakai penutup muka di tempat awam turut membimbangkan para netizen. Ada juga netizen mengatakan bahawa ais di peti sejuk digunakan mereka untuk membasuh tangan selepas memegang daging.

https://twitter.com/Inbarajs/status/1348169327254466560

‘Trend’ ini pernah tular dalam kalangan content creator di Amerika Syarikat dan tidak sangka ada dalam kalangan rakyat Malaysia mengikuti trend ini. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pegang Pisang Goreng Tanpa Pengepit, Tindakan WAF Buat ‘Tuan Kedai’ Terkejut

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter