Sudah menjadi kebiasaan di mana kaum gadis tidak seharusnya diheret dalam pergaduhan khususnya di tempat keramaian. Dalam pada itu, insiden yang baru sahaja berlaku baru-baru ini nampaknya telah menarik perhatian ramai netizen membincang tentangnya.

Insiden pergaduhan yang sedang tular ini difahamkan berlaku apabila seorang gadis berpakaian hoodie merah jambu dilihat berang kepada sekumpulan lelaki selepas tidak tahan dengan provokasi sekumpulan lelaki dalam sebuah perlawanan bola sepak skuad amatur, COFC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara menjadi lebih kecoh apabila gadis berkenaan bertindak untuk membaling tong sampah ke arah kumpulan lelaki terbabit sekaligus mencetuskan pergaduhan.

Menerusi rakaman yang tular, dapat dilihat gadis tersebut kemudiannya telah diserang oleh seorang seorang lelaki berbaju merah sebelum seorang lagi lelaki berbaju hitam cuba meleraikan pergaduhan antara kedua-dua individu terbabit.

Walau bagaimanapun, lelaki berbaju hitam itu telah ditolak ke tepi oleh lelaki berbaju merah tadi yang kemudian meluru kepada gadis tersebut. Kekecohan yang berlaku turut membuatkan beberapa penonton perempuan yang berada berhampiran segera menghalang lelaki itu daripada terus bertindak kasar selepas dia dilihat mahu ‘menyerang’ gadis tersebut.

Menerusi sebuah tangkap layar yang dikongsikan oleh Twitter @RobotDuit, difahamkan insiden berlaku disebabkan gadis tersebut membaling tong sampah ke arah penyokong COFC berikutan tidak tahan dengan kata-kata kesat dari penyokong lelaki.

Hal ini sekaligus membuatkan pihak penyokong lawan berang sekaligus bertindak untuk memukul gadis tersebut. Walau bagaimanapun, dimaklumkan kata-kata kesat tersebut tersebut tidak ditujukan kearah gadis tersebut.

Insiden yang berlaku turut membuatkan COFC menerusi laman Facebook rasmi mereka membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku sewaktu perlawanan akhir Puncak Alam League. Pihak mereka dimaklumkan sedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa untuk memberi apa juga keterangan bagi membantu atau menyelesaikan isu yang berlaku.

Tular pada minggu ini apabila Abang lori didakwa menghalang laluan perjalanan konvoi kereta mewah sekaligus mencetuskan pertikaian ramai.

Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai

Singapura Tidak Lagi Wajibkan Penggunaan Pelitup Muka Di Kawasan Luar Bermula 29 Mac Ini

Sumber