Semalam tular di Facebook sebuah video live oleh pemilik Hot Burger Malaysia di mana dalam video tersebut, beliau didapati kecewa dengan sikap ‘pilih kasih’ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis terhadap jenis perniagaan yang dibenarkan untuk berniaga di kawasan Sungai Buloh.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh… jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh…

Posted by Hot Burger Malaysia on Saturday, 8 August 2020

Ia berikutan insiden salah satu cawangan Hot Burger Malaysia yang diarah tutup sedangkan perniagaan lain di tepi jalan dan kaki lima masih bebas berjalan seperti biasa. Beliau juga turut membawa penonton live video berkenaan ke beberapa lokasi yang didakwanya merupakan kedai mesin judi haram yang kekal dibuka dan tidak diambil tindakan oleh pihak PBT dan polis.

Dalam video berkenaan juga, beliau sangat kecewa apabila identiti beliau sebagai pengadu (beliau ada membuat aduan kepada pihak polis berkenaan kes judi haram) telah didedahkan kepada tauke kedai sehingga menjejaskan keselamatan anak buah beliau yang meniaga burger di kawasan berkenaan. Video pendedahan pemilik Hot Burger Malaysia ini telah dikongsikan sebanyak lebih 70,000 kali di Facebook.

Tengah hari tadi, ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa tiada tindakan diambil terhadap satu premis judi seperti yang ditularkan.

Dalam video live oleh Bernama TV, Shafa’aton Abu Bakar berkata tindakan terjah pusat judi haram ini telah dibuat dua minggu lalu dan sekiranya dikatakan tiada tindakan langsung dibuat adalah tidak benar.

Beliau juga mengakui kegiatan sindiket judi ini sering berulang-ulang. “Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang dan dibuka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas itu akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar,” tambah Shafa’aton.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menyifatkan dakwaan video tular polis daerah itu melindungi sindiket perjudian sebagai tidak benar. Sebaliknya menurut beliau, pihak polis telah melakukan pelbagai serbuan di premis-premis judi dan menahan penjaga dan pemain judi.Siaran langsung di kawasan Bandar Baru Sg Buloh.

Posted by Bernama TV on Saturday, 8 August 2020

[UNTUK SIARAN SEGERA]ISU TULAR MBSA SITA BARANGAN PERNIAGAAN DI SUNGAI BULOH

Posted by Polis Daerah Sungai Buloh on Sunday, 9 August 2020

Menurut Shafa’aton, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

Menurut laporan daripada Berita Harian, pihak polis turut akan mengesan dan memanggil pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri bin Hamid dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan, termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya.

Sebelum ini, Datuk Ayob Khan tular petikan video berkenaan beliau membaca talkin berpesan kepada anggota polis supaya tidak terlibat rasuah dan pembelotan. Baca pada pautan di bawah.

Datuk Ayob Khan Baca Talkin, Pesan Kepada Polis Supaya Tidak Terlibat Rasuah Dan Pembelotan

Video Ziarah Polis Ini Buat Netizen Terharu, Catat Satu Juta Tontonan Di Facebook

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Anda Mungkin Suka