Sekiranya anda makan di kedai mamak atau restoran di sekitar Lembah Klang, pastinya ada segelintir anda yang tidak lupa untuk meminta air kosong sebagai minuman tambahan sebaik sahaja selesai makan. Minta sahaja air kosong, rata-rata pengusaha restoran akan memberikan ia secara percuma.

Namun, tidak semua restoran berikan air kosong secara percuma malah ada yang sanggup mengenakan caj lebih RM1.00 secawan. Lantaran itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah mengeluarkan 12 notis terhadap peniaga premis makanan dan minuman yang menawarkan air kosong melebihi RM1.00 segelas seperti yang telah ditetapkan, lapor Bernama.

Difahamkan, notis itu dikeluarkan susulan dengan pelaksanaan Ops Catut 8.0 (air kosong) yang kini melakukan pemantauan harga air kosong di restoran mewah, kedai makan, francais makanan segera dan warung di seluruh negeri ini bermula 7 hingga 15 April ini.

“Operasi itu dijalankan ekoran ada adaun yang kami terima daripada pengguna berhubung isu caj air kosong yang melampau di premis makanan dan minuman di negeri ini.

“Oleh itu, peniaga-peniaga yang dikenakan notis itu diberikan masa selama dua hingga lima hari bekerja untuk membekalkan maklumat diarahkan,”kata Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, pengguna di Selangor yang ingin melakukan aduan berhubung  isu ini boleh mennghantar e-mel menerusi [email protected] atau menghubungi pusat panggilan 1800-886-800 dan WhatsApp di talian 019-2794317.

Netizen simpati gadis ini bayar RM34 kerana pertama kali beli air Starbucks. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana ‘Add On’

Che Ta Kini Belajar Minum Air Kosong Selepas Amalkan ‘Nescafe Ais Kaw’ Setiap Pagi

Dianggap ‘Air Suci’, Sungai Kotor Di India Ini Didakwa Bertukar Menjadi Jernih Dan Rasa Manis

 

Sumber